web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tragedi Jeram Mawar: Laporan Awal Dijangka Siap Dalam Masa Terdekat - Nik Nazmi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2023 12:56PM

Nik Nazmi Nik Ahmad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Laporan awal mengenai kejadian kepala air di Jeram Mawar, Air Putih, dekat Chukai, Terengganu dijangka siap dalam masa terdekat, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau berkata ketika ini, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) masih melakukan tinjauan awal di lokasi kejadian dan pihak polis sedang melakukan siasatan.

"Sekarang sudah ada tinjauan awal daripada pihak JMG dan siasatan polis, laporan mengenai kejadian itu akan siap dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja projek membina dan menaik taraf sistem saliran di negeri Kelantan dekat Taman Wadi Iman, Kok Lanas, di sini hari ini.

Semalam, Bernama melaporkan 10 individu dengan sembilan daripadanya sekeluarga berasal dari Felda Lepar Hilir, Kuantan, Pahang datang berkelah di Jeram Mawar pada Sabtu sebelum dihanyutkan arus deras kepala air.

Dalam kejadian itu, dua mayat telah ditemukan orang ramai pada 12.30 tengah hari semalam iaitu Azizah Eiyi, 40, dan anaknya Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11.

Tujuh sekeluarga yang masih hilang ialah Karim Abdullah, 39; Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18; Putri Alleya Maisarah Karim, 16; Putri Nor Fatin Karim, 14; Putri Nurerina Natasya Karim, 10; Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6; dan Putri Aryana Umaira Karim, 4.

Seorang lagi individu yang hilang ialah tunang kepada Putri Balqis Izzati iaitu Muhammad Fikri Saliman, 24, dari Batu Pahat, Johor yang turut serta dalam perkelahan keluarga terbabit. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Insiden Kepala Air: 45 Individu Berjaya Diselamatkan

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Pelajar IPTA Lemas Di Kolam Ikan

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Keluarga Nahas Helikopter Sudah Baca Laporan, Reda Terima Ketentuan

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelancong Jerman Lemas Di Pulau Perhentian

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 15 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang