web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KKD Utamakan Pencapaian Konsesus Berhubung Penubuhan Majlis Media Malaysia

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2023 4:36PM

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CYBERJAYA - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan mencuba sedaya upaya untuk memenuhi permintaan yang dikemukakan ahli jawatankuasa pro tem Majlis Media Malaysia (MMC) berhubung penubuhan majlis itu, kata Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching.

Beliau berkata, mencapai konsensus bagi perkara paling mustahak adalah keutamaan KKD untuk memastikan Rang Undang-Undang (RUU) penubuhan MMC dapat dibentangkan secepat mungkin, sekurang-kurangnya pada sidang pertama Dewan Rakyat tahun hadapan.

“Senarai perkara yang diharapkan jawatankuasa pro tem itu sangat panjang, namun bukan semua boleh dipenuhi secara serta-merta, tetapi bagaimana untuk mewujudkan MMC terlebih dahulu (adalah lebih penting),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Pasca Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 di sini, hari ini.

Teo berkata, satu mesyuarat bersama jawatankuasa pro tem MMC akan diadakan Jumaat depan bagi memuktamadkan beberapa perkara berkenaan RUU itu sebelum libat urus bersama pihak berkepentingan diadakan.

“Pihak berkepentingan itu termasuk Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Peguam Negara dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri,” katanya.

Teo berkata, penubuhan MMC adalah komitmen kerajaan yang perlu direalisasikan, manakala MMC akan bertanggungjawab untuk mewujudkan ‘tatakelakuan’ dalam bidang penulisan berita.

“Mungkin ada media yang buat salah atau ada agensi media yang mempunyai agenda yang tersendiri.. jadi siapa yang akan dipertanggungjawabkan untuk ambil tindakan? Itulah pentingnya wujudkan MMC supaya peranan ini boleh dimainkan oleh mereka,” katanya.

MMC akan meliputi semua jenis media di Malaysia iaitu media cetak, elektronik dan dalam talian yang akan memperkasa dan memastikan kebebasan media serta hak-hak pengamal media dipelihara sementara memastikan pengamalan media yang lebih bertanggungjawab. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Video Disalah Sunting, Teo Nie Ching Buat Laporan Polis

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Tiada Tempat Untuk Media Promosi Keganasan, Ucapan Kebencian - Nie Ching

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Majlis Media Malaysia Tentukan Laporan Beretika Atau Sebaliknya

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Pengamal Media Perlu Patuhi Etika, Rujuk Kod Kandungan - Fahmi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah