web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pengamal Media Perlu Patuhi Etika, Rujuk Kod Kandungan - Fahmi

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2023 12:21PM

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan memberi jaminan bahawa kebebasan media akan terus dipertahankan dan pendirian itu kekal seperti mana yang dilaungkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Fahmi berkata, sepanjang tempoh pemerintahan kerajaan hari ini, tiada seorang pun wartawan atau pihak media ditahan oleh pihak polis dan tidak ada satu akhbar atau syarikat media pun yang dipaksa tutup oleh pihak berkuasa.

"Sebagai komitmen dan sokongan kerajaan untuk terus meningkatkan kebebasan media di negara ini serta membantu pengamal media menangani cabaran yang dihadapi, kerajaan secara dasarnya juga telah bersetuju dengan cadangan penubuhan Majlis Media Malaysia (MMM) sebagai sebuah badan kawal selia kendiri melalui akta yang berkaitan.

"Cadangan penubuhan MMM mengambil kira peranan majlis tersebut untuk mempertahankan kebebasan media di negara ini dalam menyampaikan maklumat. Sehingga kini sebanyak lapan mesyuarat telah diadakan dengan jawatankuasa Protem sejak Januari 2020," katanya.

Beliau berkata demikian pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat bagi menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas), mengenai jaminan kerajaan tidak menyalahgunakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam menyekat kebebasan media dan kebebasan bersuara khususnya kandungan media sosial. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Tindakan Platform Media Sosial Kekang Jenayah Masih Lemah - Fahmi

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengamal Media Guna Pelan Pascabayar, Prabayar Terima Rebat Sempena Bulan Kebangsaan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka