web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


2 Rakyat Malaysia Masih Berada Di Afghanistan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2021 7:34AM

Gambar menunjukkan keadaan dalam pesawat Tentera Udara Amerika Syarikat yang dipenuhi rakyat Afghanistan melarikan diri daripada Taliban. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Tinggi Malaysia ke India yang turut ditauliahkan ke Afghanistan, mengesahkan dua rakyat Malaysia masih berada di Afghanistan.

Suruhanjaya Tinggi itu memaklumkan, kedua-dua mereka bertugas dengan organisasi  bantuan antarabangsa di Kabul, ibu negara Afghanistan.

Bagaimanapun, suruhanjaya berkenaan tidak memberikan butiran lanjut mengenai mereka.

Menurut suruhanjaya itu, seorang lagi rakyat Malaysia yang bekerja dengan institusi kewangan di Kabul, sudah pun menghubungi misi berkenaan dan sudah selamat kembali ke Malaysia awal bulan ini.

“Kedua-dua rakyat Malaysia itu sudah pun mengatur urusan untuk terus berada di Afghanistan buat masa ini,” menurut pejabat pesuruhjaya tinggi itu menerusi e-mail kepada Bernama berhubung nasib rakyat Malaysia di negara itu selepas kerajaan Presiden Mohammad Ashraf Ghani ditumbangkan Taliban pada Ahad.

Pihak suruhanjaya tidak menolak kemungkinan masih ada rakyat Malaysia lain di Afghanistan dan menasihati mereka supaya mendaftar serta mencadangkan supaya mereka pulang dan terus berada di Malaysia sehingga keadaan di Afghanistan bertambah baik.

“Pihak Suruhanjaya Tinggi mencadangkan kepada mereka supaya mendaftar menerusi e-mail mwdelhi@kln.gov.my atau menghubungi talian  +91 11 2415 9300,” menurut e-mail itu.

Ditanya mengenai perniagaan Malaysia di Afghanistan, suruhanjaya memaklumkan, mereka tidak mempunyai maklumat sebarang syarikat Malaysia beroperasi di negara yang dilanda kancah peperangan itu.

Pada Ahad, Ghani terpaksa meninggalkan negara itu selepas Kabul ditawan Taliban.

Taliban mengambil alih kuasa di Afghanistan buat pertama kali selepas hampir 20 tahun berikutan pengunduran tentera Amerika Syarikat dari negara itu.

Menurut laporan media, banyak negara memutuskan untuk membawa pulang diplomat dan warga masing-masing dari Afghanistan serta menutup kedutaan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Gempa Bumi Di Taiwan - Wisma Putra

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Pengeboman Di Bali: 2 Rakyat Malaysia Di Guantanamo Mengaku Bersubahat

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Dalam 2 Insiden Di Jepun

4

Semasa 9 bulan yang lalu

77 Rakyat Malaysia Ditahan Di Luar Negara Bagi Kesalahan Dadah - Bukit Aman

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad