web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID-19, Sarawak Bimbang Peningkatan Mendadak Virus Delta

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2021 12:11PM

Gambar hiasan

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Jangkitan COVID-19 akibat varian Delta menunjukkan peningkatan mendadak di negeri ini, apabila lebih 73 peratus kes dikesan, berbanding hanya 50 peratus awal bulan ini.

Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Profesor Dr David Perera berkata, Kuching merekodkan kadar pengesanan sekitar 90 peratus. 

Menurut beliau, varian sama turut dikesan di Bau, Lundu, Kota Samarahan, Simunjan, Miri dan Bintulu.

“Enam kes melibatkan varian Delta juga dikesan di Sibu,” katanya.

Beliau menyatakan demikian menerusi laporan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Datuk Amar Douglas Uggah hari ini.

Dr David berkata, UNIMAS telah diberi mandat untuk menjalinkan kerjasama dengan JPBNS bagi mengesan penularan dua varian SARS-COV-2 di Sarawak.

“Sebahagian pengawasan yang kami lakukan ketika ini mendapati, berlaku pertambahan 249 kes varian membimbangkan (VOC) setakat 10 Ogos lalu.

“Turut dikesan ialah varian perlu diberi pemerhatian (VOI), mencakupi 338 jangkitan COVID-19 yang dirujuk serta dikendalikan IHCM,” katanya.

Dr David menarik perhatian, 248 kes disahkan sebagai varian Delta (B.1.617.2).

“Baru-baru ini terdapat satu kes dikenali sebagai VOI Indonesian (B.1.466 2) yang dikesan di Bintulu.

“Jumlah kumulatif VOC/VOI yang dikesan di Sarawak dari semua kes positif COVID-19 ialah 592 setakat 10 Ogos lalu,” katanya. - Getaran, 18 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

4

Sukan 1 bulan yang lalu

SUKMA 2024: Sarawak Terus Cemerlang, Dahului Carta Kutipan Pingat

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut