web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Subsektor Negeri Fasa 2 PPN Boleh Beroperasi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2021 1:11PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Semua subsektor perdagangan dan pengedaran di negeri-negeri Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan beroperasi semula walaupun belum mencapai tahap imunisasi lengkap 50 peratus populasi dewasa.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam satu kenyataan hari ini berkata negeri terbabit adalah Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Sabah.

“Pemain industri dan pemilik premis boleh beroperasi tanpa perlu menunggu kelulusan daripada KPDNHEP. Semua bukti permohonan melalui CIMS (Centralised Information Management System) hendaklah disimpan untuk dijadikan bukti apabila diperlukan,” menurut kenyataan itu.

Pemilik premis perlu membuat permohonan kebenaran beroperasi melalui sistem Centralised Information Management System (CIMS) di pautan https://notification.miti.gov.my/login.

Pada Ahad lepas, kerajaan membenarkan 11 jenis aktiviti ekonomi dalam sektor perdagangan dan pengedaran kembali beroperasi berkuat kuasa 16 Ogos (Isnin).

Antara aktiviti ekonomi berkenaan adalah kedai barang fotografi dan perkhidmatan fotografi; kedai barangan terpakai; kedai bunga dan nurseri; kedai kraf tangan dan cenderahati; kedai antik; kedai alat permainan; kedai permaidani serta kedai kandungan kreatif dan peralatan industri kreatif.

Menurut KPDNHEP, semua syarikat terbabit tidak perlu mengemukakan maklumat pekerja yang telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19.

KPDNHEP menegaskan pemilik premis yang tersenarai dalam perniagaan boleh beroperasi semula perlu memastikan pelanggan yang memasuki premis menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 bagi membuktikan individu berkenaan telah menerima vaksinasi lengkap.

Menurut KPDNHEP, bagi vaksin Pfizer-BioNTech, AstraZeneca dan Sinovac, individu berkenaan perlu melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua, manakala bagi vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan seperti Johnson & Johnson dan CanSino pula perlu melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Premis Tarian Separuh Bogel Ditutup Serta Merta, Rupanya Diurus Warga Asing

2

Politik 1 tahun yang lalu

PRN 6 Negeri Diramal Cipta 3 Senario - Kit Siang

3

Semasa 1 tahun yang lalu

NRECC Perkukuh Kerjasama Dengan Kerajaan Negeri

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Rumah Terbuka Malaysia Madani Usaha Dekati Rakyat, Kerajaan Negeri - Mohamad Sabu

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut