web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rumah Terbuka Malaysia Madani Usaha Dekati Rakyat, Kerajaan Negeri - Mohamad Sabu

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2023 11:21AM

Penganjuran majlis sempena sambutan Aidilfitri di peringkat negeri itu dapat memberikan akses sebanyak mungkin kepada rakyat dari negeri berkenaan untuk hadir, berbanding jika dianjurkan di Putrajaya. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Penganjuran Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI bersama Perdana Menteri di enam negeri tiada kaitan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN), sebaliknya ia usaha kerajaan Persekutuan mendekati rakyat dan kepimpinan kerajaan negeri termasuk yang ditadbir pembangkang.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata penganjuran majlis sempena sambutan Aidilfitri di peringkat negeri itu dapat memberikan akses sebanyak mungkin kepada rakyat dari negeri berkenaan untuk hadir, berbanding jika dianjurkan di Putrajaya.

"Bukan semua orang dari negeri (lain) dapat berkunjung ke rumah terbuka ini jika ia diadakan di Seri Perdana, Putrajaya, maka pilihan dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah untuk mendekati dan meraikan sebanyak mungkin rakyat.

"Malah, banyak acara peringkat kebangsaan juga dirancang untuk diadakan di luar Putrajaya bagi mencapai hasrat menguatkan kerjasama (dengan negeri-negeri termasuk dipimpin pembangkang) ini," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Kedah di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kritikan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor terhadap majlis rumah terbuka itu yang dianggap sebagai program kempen PRN dan ia tidak wajar diadakan.

Muhammad Sanusi berkata ini kerana program itu melibatkan kos yang tinggi sedangkan kerajaan Persekutuan sebelum ini menguar-uarkan langkah penjimatan, oleh itu majlis rumah terbuka Aidilfitri seharusnya diadakan di satu lokasi sahaja iaitu di Putrajaya seperti kelaziman sebelum ini.

Mohamad yang juga Presiden Amanah berkata kerajaan Persekutuan komited untuk membuat perbelanjaan berhemah, sekali gus tiada isu pembaziran menerusi penganjuran majlis itu.

Rumah Terbuka Malaysia MADANI bersama Perdana Menteri akan dimulakan di Kedah pada 29 April ini, diikuti Pulau Pinang (6 Mei), Negeri Sembilan (7 Mei), Kelantan (12 Mei), Terengganu (13 Mei) dan kemuncak sambutan rumah terbuka itu akan berlangsung di Selangor pada 14 Mei. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Projek Perumahan Baharu Perlu Ada Blok Rumah MADANI - PM

3

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Syed Husin Guru Luar Biasa, Tinggalkan Pengetahuan Yang Sangat Besar’ - PM

4

Semasa 5 bulan yang lalu

‘Cakap Elok-Elok, Selesai Semua Masalah’ - PM Cuit Sanusi

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad