web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MUDA Akan Fail Permohonan Baharu Cabar Keputusan Tolak Pendaftaran Parti

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2021 6:38PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan 12 individu akan memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman yang baharu bagi mencabar keputusan Menteri Dalam Negeri serta Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) menolak rayuan untuk mendaftarkan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) sebagai sebuah parti politik.

Peguam Lim Wei Jiet, yang mewakili Syed Saddiq dan 12 yang lain, memaklumkan perkara itu ketika dihubungi pemberita selepas prosiding secara dalam talian hari ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Noorin Badaruddin yang turut disertai Peguam Persekutuan M Kogilambigai bagi pihak Menteri Dalam Negeri dan RoS.

“Pada prosiding hari ini, pihak kami menarik balik permohonan semakan kehakiman sebelum ini yang mencabar tindakan Menteri Dalam Negeri dan RoS yang belum membuat keputusan terhadap rayuan MUDA untuk mendaftarkan parti berkenaan atas alasan ia menjadi akademik kerana pada 12 Ogos lepas, Menteri Dalam Negeri telah membuat keputusan berhubung rayuan itu dengan menolak permohonan tersebut.

“Mahkamah membenarkan permohonan kami untuk menarik balik semakan kehakiman tanpa perintah berkaitan kos. Bagaimanapun, kami akan memfailkan permohonan baharu hari ini atau esok bagi mencabar tindakan responden yang menolak rayuan MUDA,” katanya.

Permohonan itu sepatutnya didengar hari ini selepas MUDA, pada 25 Mei lepas, memperoleh kebenaran bagi memulakan prosiding semakan kehakiman tersebut.

Pada 26 April lepas, Syed Saddiq yang juga pengasas parti itu serta 12 individu, memfailkan permohonan antara lain bagi memohon perintah mandamus untuk Menteri Dalam Negeri mencapai keputusan mengikut Seksyen 18 Akta Pertubuhan 1966 berhubung rayuan terhadap keputusan RoS pada 6 Januari lepas yang menolak pendaftaran MUDA sebagai pertubuhan di bawah kategori parti politik. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

2

Semasa 3 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut