web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Terperangkap Arus Deras, Pengalaman Cemas Siak Masjid

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2021 12:49PM

Fenomena kepala air mengakibatkan banjir kilat sekitar kaki gunung di Yan dan Merbok semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

YAN - Terperangkap dalam arus deras dan hampir hanyut menjadi pengalaman ngeri bagi seorang siak masjid dalam kejadian banjir besar yang berpunca daripada fenomena kepala air dari puncak Gunung Jerai di sini, petang semalam.

Ahmad Sharihuddin Hassan, 43, berkata selepas menunaikan solat asar berjemaah di Masjid Badlishah yang terletak di pekan Yan itu, dia mendapati paras air sungai berhampiran masjid berkenaan naik secara mendadak.

“Pada mulanya air keruh biasa saja, saya pergi alihkan motosikal ke tempat lebih tinggi dan kembali ke dalam dewan masjid untuk melihat keadaan barang-barang makanan yang disimpan di masjid untuk diagihkan kepada golongan memerlukan dalam tempoh pandemik ini.

“Saya dan ahli-ahli masjid alihkan barangan itu agar lebih selamat, namun tidak menyangka keadaan di luar masjid sudah semakin buruk,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di Kampung Seberang Pekan Yan di sini, hari ini.

Ahmad Sharihuddin berkata ketika keluar dari masjid, air sudah semakin ‘mengganas’ dengan keadaan arus deras luar biasa sebelum disusuli dengan air berlumpur.

“Saya tidak lagi mampu berjalan dan hampir dihanyutkan air yang kelihatan membuak-buak dan sangat mengerikan, sebelum diselamatkan anggota bomba yang kebetulan berada di kawasan berdekatan,” katanya.

Ahmad Sharihuddin berkata dia sangat bersyukur kerana berjaya diselamatkan dan tidak dapat membayangkan nasibnya jika anggota keselamatan tidak berada di tempat kejadian kerana paras air meningkat dengan pantas.

Sementara itu, Yazatulrahida Yahya, 42, pula berkata dia dihubungi bapanya Yahya Basiron, 73, mengatakan bahawa rumah orang tuanya itu dinaiki air dan sama sekali tidak menyangka musibah kali ini sangat besar dan tidak pernah dialami penduduk sebelum ini.

“Saya ingat banjir biasa, air naik sekejap dan surut. Namun, saya sangat terkejut apabila bonda saya pula hubungi dan beritahu air sudah naik sehingga paras dada dan barang-barang sudah tenggelam.

“Pada masa itu saya cuma fikirkan keselamatan ayah dan bonda saya dan bila sampai ke rumah mereka, saya menangis dan terkedu bila melihat keadaan sangat teruk dengan dipenuhi selut sehingga melebihi paras buku lali, sedangkan rumah ini agak tinggi,” katanya.

Yahya yang merupakan pesara tentera ketika ditemui meluahkan rasa syukur kerana selamat walaupun keadaan dalam keseluruhan rumahnya teruk dipenuhi lumpur dan pasrah dengan apa yang berlaku.

“Cuma pak cik rasa kesian bila dengar ada yang masih hilang dan ada yang meninggal dunia, pak cik reda dengan ujian Allah ini,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Bernama di beberapa kampung di pekan ini mendapati penduduk sudah mula membersihkan kawasan rumah masing-masing namun berhadapan kesukaran kerana dipenuhi selut tebal.

Beberapa sekolah turut terjejas termasuk Sekolah Kebangsaan Haji Nyak Gam di sini yang dilihat melakukan kerja-kerja pembersihan menggunakan jentolak di pekarangan sekolah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Insiden Kepala Air: 45 Individu Berjaya Diselamatkan

2

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Macam Ni Punya Dahsyat, Tak Hairan Nyawa Boleh Melayang

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Kepala Air Lahad Datu: Aktiviti River Hiking Tak Dapat Kelulusan, Kebenaran

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Tragedi Kepala Air: Wanita Maut, 4 Mangsa Masih Hilang

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut