web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gangguan Seksual Fitnah Kejam - Ebit Lew

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2021 3:27PM

Ebit Lew menyifatkan tuduhan gangguan seksual terhadapnya sebagai fitnah yang kejam dan sangat melampau. - Gambar fail

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pendakwah terkenal Ebit Lew menyifatkan tuduhan gangguan seksual yang dilemparkan terhadapnya sebagai “fitnah yang kejam dan sangat melampau.”

Namun begitu, beliau mengakui sudah memaafkan mereka yang menfitnahnya, usai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

“Saya percaya hidup ini Allah sayang, saya maafkan apa yang terjadi. Saya maafkan sesiapa sahaja pun dengan apa yang terjadi.

“Bagaimanapun saya serahkan kepada polis untuk siasatan lanjut,” jelas Ebit Lew kepada media selepas beliau keluar dari Bukit Aman pada jam 2 petang.

Meskipun difitnah, Ebit Lew menegaskan kontroversi yang melanda ini tidak sedikit pun melunturkan semangatnya untuk membuat kebaikan.

Dalam pada itu, peguamnya, Datuk Hasnal Rezua Merican memberitahu, pihak polis ada menyebut beberapa seksyen untuk siasatan kes berkenaan tetapi belum menyatakan ia secara spesifik.

“Buat masa ini, polis ada memaklumkan tiada keperluan untuk memanggil semula anak guam saya,” kata Hasnal.

Ebit Lew dipanggil unit D11, bagi membantu siasatan berhubung kes gangguan seksual yang dikaitkan dengan dirinya. - Getaran, 19 Ogos 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad