web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Selangor Bakal Ke Fasa 2  September - MB

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2021 5:42PM

Sebanyak 98 peratus penduduk negeri ini sudah menerima dos pertama vaksin setakat pertengahan Ogos - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selangor bakal beralih ke fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) menjelang September depan, selepas 98 peratus penduduknya sudah menerima dos pertama vaksin COVID-19 setakat ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata peratusan itu diperoleh kerajaan negeri menerusi kemas kini data terbaharu daripada pasukan petugas Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF).

“Sebanyak 98 peratus penduduk negeri ini sudah menerima dos pertama vaksin setakat pertengahan Ogos, menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan Vaksin Selangor (SELVAX).

“Kita yakin dengan peratusan ini, menjelang September Selangor dapat memasuki fasa dua PPN,” katanya pada Sidang Media Mingguan Menteri Besar Selangor secara maya, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan Amirudin berkata, kerajaan Selangor bersetuju meminjamkan sebanyak 500,000 dos vaksin COVID-19 kepada CITF.

Usaha itu, katanya, bagi membolehkan kerajaan negeri dan CITF membantu beberapa negeri yang memerlukan bekalan vaksin terbabit.

Stok vaksin itu, jelasnya, bakal dipulangkan semula pihak berkenaan kepada Selangor dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

“Kita setuju untuk menyalurkan vaksin ini kepada CITF yang akan diberi dalam bentuk pinjaman.

“Stok vaksin dipinjamkan ini akan dipulangkan semula kepada kita (Selangor) dalam tempoh sebulan atau dua bulan akan datang,” katanya.

Sementara itu, Amirudin berkata, persidangan penuh Dewan Undangan Negeri Selangor akan berlangsung selama sembilan hari bermula 23 Ogos sehingga 6 September ini di Bangunan Dewan Negeri Selangor di Shah Alam.

Katanya, sidang dewan akan dijalankan mengikut pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sebagai langkah mengelakkan penularan jangkitan COVID-19, selain menjamin kesihatan dan keselamatan semua pihak.

Persidangan itu juga, jelasnya, menetapkan semua individu yang hadir, termasuk pengamal media sudah menerima dos vaksin lengkap, malah ujian calitan akan dijalankan sebelum persidangan bermula.

“Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dijadual berangkat dan mencemar duli bagi merasmikan istiadat pembukaan persidangan pada 23 Ogos ini.

“Kita juga mengehadkan kehadiran media untuk istiadat pembukaan sidang yang terhad kepada media rasmi dan bagi sesi dewan, kita akan benarkan kehadiran semua media," katanya.

Namun seperti lazimnya jelas Amirudin, istiadat pembukaan persidangan ini boleh diikuti secara langsung menerusi sosial media kerajaan negeri dan laporan daripada media rasmi yang membuat liputan. - Getaran, 19 Ogos 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut