web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Disambar Petir Di Laut, Anak Maut, Bapa Masih Hilang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2021 8:47PM

Operasi SAR masih diteruskan pihak berkuasa meliputi 50 batu nautika pencarian.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Dua nelayan dilaporkan hilang selepas dipercayai dipanah petir ketika keluar memancing di perairan Pulau Dinawan, Kinarut, dekat sini, petang semalam.

Mangsa Mohd Nasir Abdul Nasir, 62, dan anaknya, Abdullah Mohd Nasir, 20, dikatakan keluar memancing di lokasi berkenaan sekitar jam 5.30 pagi dengan menaiki bot berasingan.

Difahamkan, kedua-duanya terkena panahan petir sekitar jam 4 petang menyebabkan mereka terhumban ke laut.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, pihaknya menerima aduan daripada keluarga mangsa selepas mereka dikatakan tidak pulang walaupun sudah lewat petang.

"Bertindak atas maklumat diterima, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan.

"Seorang daripada mangsa iaitu Abdullah berjaya ditemui nelayan tempatan dan dihantar ke Hospital Papar, sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 7 malam," katanya.

Operasi SAR diteruskan hari ini meliputi keluasan pencarian 50 batu nautika bagi mengesan Mohd Nasir.

Menurut Mohd Rosli, mangsa masih gagal ditemui sehingga jam 5 petang tadi.

Selain APMM, operasi SAR turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM). – Getaran, 19 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut