web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pengasas Rumah Bonda Didakwa Esok

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2021 9:45PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengasas Rumah Bonda akan akan didakwa di Mahkamah Sesyen esok atas pertuduhan pengabaian terhadap kanak-kanak, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan.

Menurut  Abdul Jalil, pendakwaan tersebut akan dilakukan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sebelum ini, pengasas rumah berkenaan, Siti Bainun Ahd Razali memfailkan permohonan untuk mendapatkan semula lima anak angkatnya yang kini berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Siti Bainun, 29, dan empat ibu kandung anak angkatnya memfailkan permohonan itu melalui notis secara bersama di Mahkamah Majistret di sini, pada 2 Ogos lalu menerusi Tetuan Chambers of Aminahtul Mardiah dengan menamakan JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai responden.

Terdahulu, media melaporkan seorang wanita yang juga pengasas Rumah Bonda ditahan polis selepas hadir di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Kuala Lumpur untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan kes penderaan seorang remaja kelainan upaya (OKU).

Remaja Sindrom Down berusia 13 tahun yang dikenali dengan nama Bella itu dipercayai didera di sebuah pusat kebajikan milik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di ibu kota.

Berikutan itu, rumah kebajikan berkenaan turut disita melalui perintah mahkamah yang dikeluarkan pada 5 Julai lalu.

Susulan kejadian, Pelindung Unit Kanak-Kanak JKM bertindak mengeluarkan enam kanak-kanak dari rumah kebajikan itu.

Pada 5 Julai lalu, seorang wanita menggunakan Facebook bagi mendedahkan penderaan dilakukan ke atas Bella, ketika remaja malang berkenaan menghuni rumah kebajikan itu.

Wanita dikenali sebagai Mona Din itu mendakwa, penderaan terbabit terbongkar apabila pemilik, petugas, penghuni dan Bella sendiri dijangkiti COVID-19 hingga memaksa mereka dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selama 10 hari. - Getaran, 19 Ogos 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad