web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sokong Ismail Sabri Sebagai PM - Gabungan PN

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2021 9:11PM

Ahmad Faizal - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua pihak perlu memberi sokongan dan kerjasama penuh kepada Perdana Menteri baharu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta kabinetnya bagi membebaskan negara daripada pandemik COVID-19.

Timbalan Presiden Parti Pribumi Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, sokongan dan kerjasama itu adalah kaedah terbaik buat masa ini bagi membolehkan krisis kesihatan terbabit ditangani, sekali gus mengatasi kesannya terhadap kehidupan rakyat.

“Pandemik ini memberi kesan mendalam terhadap kehidupan rakyat, justeru hanya dengan bersatu hati kerajaan mampu menanganinya.

“Bersatu kita teguh dan bercerai kita roboh. Saya mendoakan beliau dikurniakan taufik, petunjuk dan hidayah dalam menjalankan tanggungjawab besar sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Jalaluddin Alias, pula mengajak semua pihak untuk bergabung pemikiran dan tenaga bagi membantu Perdana Menteri melaksanakan tanggungjawab, tanpa mengira fahaman atau latar belakang politik.

Matlamat pentadbiran harus diutamakan Perdana Menteri, katanya, bersandar kepada satu kepentingan, iaitu demi rakyat dan negara di tengah-tengah kesulitan berdepan pandemik COVID-19.

Ahli Parlimen Jelebu itu berkata, kemelut parti politik di negara ini perlu dihentikan bagi mengurangkan ‘perdebatan’ antara kerajaan dan pembangkang disebabkan perbezaan ideologi.

“Harus diingat matlamat semua ahli politik tetap sama, iaitu kepentingan rakyat, justeru setiap pihak perlu memberikan kerjasama kepada Ismail Sabri bagi meneruskan dasar menambah baik kehidupan rakyat.

“Semua pihak juga mesti menghentikan kemelut, seperti ‘jatuh-menjatuhkan’, ‘tembak-menembak’ atau dendam, malah berbalik kepada matlamat utama, berkhidmat kepada rakyat,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Penerangan PAS, Kamaruzaman Mohamad berkata, semua pihak sama ada pimpinan parti atau masyarakat diseru untuk menghormati keputusan berkenaan, seperti diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.

“Pada masa sama, PAS menyeru semua pihak memperkukuhkan perpaduan yang menjadi tonggak kemakmuran negara.

“Semoga pelantikan ini dapat menamatkan kemelut politik yang tercetus dan kita boleh bersama-sama memberikan fokus kepada fasa pemulihan negara dalam menghadapi COVID-19,” katanya. - Getaran, 20 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Projek Perumahan Baharu Perlu Ada Blok Rumah MADANI - PM

3

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Syed Husin Guru Luar Biasa, Tinggalkan Pengetahuan Yang Sangat Besar’ - PM

4

Semasa 5 bulan yang lalu

‘Cakap Elok-Elok, Selesai Semua Masalah’ - PM Cuit Sanusi

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut