web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lewat Daftar Punca Kes COVID-19 Di Sabah Meningkat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2021 7:52AM

Kes COVID-19 meningkat di Sabah disebabkan terdapat kes positif yang lewat didaftarkan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Kes harian COVID-19 di Sabah terus meningkat daripada 2,583 kes kelmarin kepada 2,738 kes semalam berikutan masih terdapat kes positif yang lewat didaftarkan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun berkata daripada jumlah kes positif itu, sebanyak 1,012 kes lewat selepas dua hingga tiga hari keputusan saringan diketahui, 223 kes lewat didaftar empat hingga lima hari dan 247 kes lewat daftar sehingga lebih lima hari.

"Pendaftaran lewat ini berlaku kerana pengumpulan dan penyemakan data secara teliti serta melibatkan jumlah yang agak banyak. Maklumat-Maklumat ini juga datang dari pelbagai daerah di Sabah," menurutnya dalam kenyataan malam tadi.

Masidi, yang juga jurucakap COVID-19 Sabah, berkata saringan kontak rapat kekal penyumbang terbesar kepada kes harian iaitu 1,616 kes atau 59.02 peratus diikuti saringan bergejala (654 kes), saringan kluster (172 kes) dan selebihnya saringan lain.

Beliau berkata pada masa sama, terdapat satu  kluster baharu direkodkan di Sabah semalam iaitu Kluster Sungai Pin 2 di Kinabatangan yang dikategorikan sebagai kluster tempat kerja dengan 30 kes kumulatif.

"Kes indeks melibatkan seorang wanita warga Indonesia, 52, yang bekerja di sebuah ladang sawit berdekatan Sungai Pin, Kinabatangan. Dia disahkan positif setelah menjalani ujian saringan tempat kerja pada 6 Ogos lepas selepas didapati bergejala," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut