web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rentas Daerah, Gagal Tunjuk Sijil Digital Vaksin, 2 Individu Dikompaun

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2021 8:46AM

Mior Faridalathrash Wahid - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Dua individu dikompaun RM1,500 setiap seorang, gara-gara gagal menunjukkan sijil digital sebagai bukti lengkap vaksin ketika hendak merentas negeri dan makan di restoran.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kes pertama melibatkan seorang lelaki berusia 54 tahun yang ditahan di sekatan jalan raya (SJR) Tol Jelapang Arah Selatan dari Kuala Kangsar.

Katanya, lelaki berkenaan dipercayai cuba untuk merentas daerah namun gagal menunjukkan sijil digital vaksinasi yang lengkap.

"Lelaki itu tidak membawa telefon bersama bagi menunjukkan bukti lengkap dua dos yang sudah diambilnya.

“Atas kesalahan itu, individu terbabit dikompaun kerana tidak dapat membuktikan beliau lengkap dua dos bagi membolehkannya merentas daerah,” katanya di sini.

Mior Faridalathrash berkata, dalam kes kedua pula, seorang lagi individu dikompaun ketika sedang makan di sebuah medan selera.

Katanya, pemeriksaan dijalankan mendapati individu berkenaan belum melengkapkan dua dos vaksin.

Mior Faridalathrash memberitahu, bermula 10 Ogos lalu, sebanyak 14 kompaun dikeluarkan Polis Perak terhadap kesalahan merentas daerah membabitkan jumlah sebanyak RM21,000.

"Bagi tempoh 5 Julai hingga 19 Ogos pula, sebanyak 1,995 kompaun dikeluarkan dan 78,703 permit daripada 80,473 permohonan diluluskan,” katanya.

Sementara itu,  ketika ditanya mengenai perkembangan terkini kes helikopter merentas negeri untuk membeli nasi ganja, Mior Faridalathrash berkata, pihaknya sudah menyerahkan kertas siasatan kepada Pengarah Pendakwaan Negeri.

“Polis masih menunggu arahan lanjut dari Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya,” katanya. - Getaran, 21 Ogos 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut