web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ebit Lew Disiasat Kerana Ada Laporan - Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2021 2:04PM

Ebit Lew - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Siasatan yang dijalankan terhadap pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew adalah susulan laporan polis daripada beberapa individu yang mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, berkata siasatan dijalankan berdasarkan laporan polis yang diterima pihaknya.

Katanya, Ebit Lew pada peringkat awal dipanggil sebagai saksi bagi melengkapkan kertas siasatan.

“Ya kita ada terima laporan polis tetapi kita tidak boleh dedahkan berapa banyak laporan diterima.

“Kes ini masih dalam siasatan dan kita sudah memanggil beberapa individu untuk membantu,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Bagaimanapun Abd Jalil enggan memberi komen ketika ditanya sama ada laporan terbabit dibuat ke atas Ebit Lew atau sebaliknya.

Dalam pada itu, Abd Jalil turut meminta mana-mana individu yang menjadi mangsa atau mempunyai maklumat berhubung kes terbabit untuk tampil bagi membantu siasatan.

“Tidak kira saksi, mangsa atau mereka yang mempunyai maklumat, kita minta tampil  untuk membantu siasatan,” katanya lagi.

Ketika ditanya mengenai pemeriksaan polis ke atas kediaman Ebit Lew, Abd Jalil bagaimanapun enggan mendedahkan hasil dapatan atau rampasan daripada pemeriksaan itu, sebaliknya menegaskan ia adalah prosedur biasa yang perlu dilakukan.

“Kita jalankan pemeriksaan di kediaman itu, tiada penggeledahan atau serbuan,” katanya.

Ebit Lew, 37, dipanggil ke Bukit Aman, kelmarin, bagi membantu siasatan berhubung kes gangguan seksual yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), JSJ Bukit Aman.

Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pendakwah yang juga usahawan itu tiba bersama peguamnya, Datuk Hasnal Rezua Merican pada jam 9.30 pagi dan keluar pada jam 2 petang.

Ebit Lew ketika ditemui media di luar Bukit Aman semalam, mendakwa beliau dipanggil ke Bukit Aman sebagai saksi bagi membantu siasatan dan memberikan kerjasama sepenuhnya.

Beliau juga menyifatkan, kes berkenaan adalah satu fitnah yang sangat kejam dan melampau terhadap dirinya. - Getaran, 21 Ogos 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut