web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Peningkatan Mendadak COVID-19, Kuching Tambah PKRC

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2021 8:40PM

Douglas Uggah Embas (dua kanan) melakukan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tabuan Jaya dan SMK Tun Abang Haji Openg di Kuching hari ini.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Beberapa premis di bandaraya ini sudah dikenal pasti untuk dijadikan Pusat Kuarantin Rawatan dan Risiko Rendah COVID-19 (PKRC) susulan peningkatan mendadak kes positif virus itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, persiapan harus dibuat bagi menghadapi sebarang situasi yang mungkin berlaku.

Menurut beliau, pertambahan PKRC adalah perlu bagi memastikan semua pesakit menerima rawatan sewajarnya.

"Pagi tadi kita telah memeriksa beberapa buah sekolah yang mungkin akan diubah menjadi PKRC,"  katanya selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tabuan Jaya dan SMK Tun Abang Haji Openg di sini, hari ini.

Turut serta dalam lawatan itu ialah Penasihat JPBNS, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ik Pahon Joyik, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Dr Norsiah Suhaili, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Bahagian Perubatan) Dr Rosmawati Ariffin dan Residen Kuching, Sherrina Hussaini.

Douglas yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, semua kes positif dalam kategori satu, dua dan tiga akan ditempatkan di PKRC bagi membolehkan mereka dipantau rapi oleh petugas kesihatan di sana.

"Bagi kes kategori empat dan lima pula, pesakit akan dimasukkan ke hospital kerana memerlukan rawatan lebih terperinci.

“Dalam hal ini, kita amat berterima kasih dengan JPN kerana membenarkan JPBNS menggunakan beberapa sekolah sebagai PKRC,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Kuching menerusi taklimat oleh Dr Khairul Rezzuan berkata, Kuching kini memiliki 10 PKRC dengan kapasiti 2,062 katil.

“Pembukaan beberapa lagi PKRC ini membolehkan kita menyediakan 1,356 katil tambahan dan diharapkan, sasaran 3,828 katil dapat dipenuhi meskipun secara berperingkat,” katanya.

Difahamkan, sasaran 2,023 katil ditetapkan untuk daerah lain seperti Lundu, Bau, Samarahan, Simunjan dan Serian.

Sasaran itu membolehkan keseluruhan Zon Selatan memiliki 5,851 katil selepas ini. – Getaran, 21 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Formasi Dron, Pancaran Laser Warnai Perasmian Gilang-Gemilang SUKMA 2024

2

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

HAWANA 2024 Bermula, Media Meriah Berkampung Di Kuching

3

Kisah Kita 6 bulan yang lalu

Resipi Mentua Rahsia Usahawan Wanita Raih Pendapatan Enam Angka

4

Selera 6 bulan yang lalu

Selera Peranakan Baba Nyonya Di Bumi Kenyalang

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut