web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


2 Lelaki Warga India Maut Terhidu Gas Beracun

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2021 8:08PM

Anggota HAZMAT memeriksa dua lelaki warga India maut dipercayai akibat terhidu gas beracun ketika melakukan kerja-kerja memasang kabel dalam lubang laluan air 'manhole' di Persiaran SP3, Cyberjaya hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CYBERJAYA  - Dua lelaki warga India maut dipercayai akibat terhidu gas beracun ketika melakukan kerja-kerja memasang kabel di dalam lubang laluan air ‘manhole’ di Persiaran SP3 di sini, hari ini. 

Dalam kejadian 1 tengah hari itu, mangsa Kesavan Matarasan, 30, dan Sailu Makkala, 40, bersama lima lagi rakan melakukan kerja di tempat tersebut sebelum mereka dilaporkan sesak nafas dan tidak sedarkan diri.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata mangsa yang berada di dalam lubang sedalam 39 kaki (12 meter) meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terhidu gas.

“Mayat kedua-dua lelaki itu berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut (masing-masing) pada 4.30 petang dan 5 petang oleh anggota Pasukan Unit Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) Shah Alam,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata seramai 20 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya dan HAZMAT Shah Alam dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 2 petang.

“Anggota HAZMAT mengesahkan bahawa terdapat gas di dalam lubang berkenaan. Pemeriksaan kandungan udara dan gas dilaksanakan sebelum anggota melakukan kerja-kerja mengeluarkan kedua-dua mangsa,” katanya.

Beliau berkata mayat dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad