Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bekas Menteri Pengangkutan Singapura Berdepan 27 Pertuduhan Di Mahkamah

Singapura Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jan 2024 3:22PM

Bekas Menteri Pengangkutan Singapura S Iswaran (tengah) berbual dengan peguamnya di luar mahkamah. = gambar Reuters

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Bekas Menteri Pengangkutan Singapura S Iswaran didakwa di mahkamah pada Khamis (18 Januari) dengan pelbagai kesalahan termasuk rasuah dan mendapatkan suapan sebagai penjawat awam, menurut sebuah portal berita tempatan.

Laporan itu menyatakan bahawa beliau mengaku tidak bersalah terhadap 27 pertuduhan secara keseluruhan - dua pertuduhan rasuah di bawah Akta Pencegahan Rasuah, satu pertuduhan menghalang proses keadilan dan 24 pertuduhan mendapatkan suapan sebagai penjawat awam di bawah Kanun Keseksaan.

Beliau mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan itu, menurut laporan berkenaan.

Pertuduhan rasuah pertama mendakwa bahawa Iswaran, dalam kapasitinya sebagai menteri kerajaan, secara rasuah mendapatkan suapan berjumlah S$145,434 daripada taikun hartanah Ong Beng Seng.

Ini adalah sebagai balasan untuk memajukan kepentingan perniagaan Ong yang berkaitan dengan kontrak antara Grand Prix Singapura (GP) dan Lembaga Pelancongan Singapura (STB).

Ong memiliki hak untuk GP Singapura dan menjadi pengerusi promoter perlumbaan GP Singapura, menurut laporan itu.

Portal berita berkenaan melaporkan bahawa Iswaran dituduh mendapatkan suapan 10 tiket "Green Room", lapan tiket yang diberi nama "Twenty3" dan 32 tiket masuk umum ke Grand Prix Formula 1 Singapura 2022 pada September 2022

Suapan itu masing-masing bernilai kira-kira SS48,150,SS56.068 dan SS41,216.

Pertuduhan rasuah kedua menyatakan bahawa Iswaran secara rasuah mendapatkan suapan daripada Ong pada Dis 2022 sebagai pertukaran untuk memajukan kepentingan perniagaannya berhubung kontrak dengan sebuah badan awam mengenai perjanjian kemudahan GP Singapura - STB, serta cadangan untuk kontrak dengan STB untuk menganjurkan konsert maya ABBA Voyage di Singapura.

Iswaran turut berdepan satu pertuduhan menghalang proses keadilan dengan membuat pembayaran balik S$5,700 kepada GP Singapura kira-kira 25 Mei 2023

Jumlah itu merupakan kos tiket penerbangan kelas perniagaannya dari Doha ke Singapura yang diambil pada 11 Disember 2023, yang ditanggung oleh Ong melalui GP Singapura, menurut laporan itu, merujuk kepada kertas tuduhan.

Baki 24 pertuduhan adalah untuk mendapatkan suapan sebagai penjawat awam, sebagai seorang menteri Singapura.

Laporan itu menyatakan bahawa pertuduhan berkenaan melibatkan tempoh antara November 2015 dan Disember 2021.

Menurut laporan itu beliau ditahan pada 11 Julai tahun lepas.

Iswaran berdepan 24 pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan - memperoleh sesuatu yang bernilai sebagai penjawat awam.

Individu yang didapati bersalah di bawah Seksyen 165 boleh dipenjara sehingga dua tahun, didenda atau kedua-duanya untuk setiap pertuduhan.

Beliau juga didakwa dengan dua pertuduhan rasuah di bawah Seksyen 6 (a) dan 7 Akta Pencegahan Rasuah.

Individu yang didapati bersalah mengikut Seksyen 6(a) boleh dipenjara sehingga lima tahun, denda sehingga S$100,000 atau kedua-duanya sekali. Di bawah Seksyen 7, individu boleh dipenjara sehingga tujuh tahun, denda sehingga S$100,000 atau kedua-duanya sekali.

Kesalahan cuba menghalang proses keadilan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, denda, atau kedua-duanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

4

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

5

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

6

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

2 Lelaki Ditahan, Cuba Ceroboh Istana Negara Bawa Parang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Tahan Bekas CEO Badan Berkanun Disyaki Seleweng RM1.2 Bilion

Semasa 20 jam yang lalu

Kazakhstan Beri Peluang Syarikat Malaysia Teroka Bidang Baharu

Sukan 7 jam yang lalu

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu