web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MS Puas Hati Prestasi Skuad Terjun Negara Di GP Malaysia

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2022 8:02PM

Difahamkan persembahan Pandelela dan Nur Dhabitah lebih baik berbanding di Olimpik Tokyo 2020. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persekutuan Renang Malaysia (MS) berpuas hati dengan prestasi dipamerkan skuad terjun negara di kejohanan terjun Grand Prix (GP) Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) Malaysia (GP Malaysia), yang berakhir semalam.

Walaupun tanpa penyertaan antarabangsa terutama dari China, Setiausaha Agung MS, Mae Chen berkata atlet kebangsaan telah mempamerkan aksi memberangsangkan pada kejohanan berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat lepas.

Beliau berkata berdasarkan pemarkahan juri, persembahan penerjun negara adalah dikagumi dengan terjunan lebih mantap kecuali Ong Ker Ying yang masih baharu di pentas kejohanan.

“Persembahan Datuk Pandelela Rinong Pamg dan Nur Dhabitah Sabri lebih baik berbanding di Olimpik Tokyo 2020, markah itu sekurang-kurangnya menghadiahkan mereka pingat gangsa,” katanya kepada Bernama.

Mae berkata bagi kategori lelaki, Jellson Jabillin dan Ooi Tze Liang turut memberikan aksi hebat untuk mencipta prestasi terbaik masing-masing bagi musim ini.

“Kita juga dapat lihat Kimberly Bong dan Enrique Maccartney Harold mula menunjukkan kebangkitan semula selepas menjalani pembedahan dan pemulihan.

“Bagaimanapun, kedua-dua penerjun negara itu masih perlukan sokongan ISN (Institut Sukan Negara) berhubung latihan mental bagi membantu mereka menangani lawan lebih kuat dalam saingan lebih besar tahun depan dan menjelang Sukan Olimpik Paris 2024,” katanya.

Skuad terjun negara menyapu bersih lapan pingat emas dipertandingkan pada kejohanan yang diadakan di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil, selepas dua tahun terhenti berikutan pandemik COVID-19.

Walaupun menyumbang mata ranking dunia oleh FINA, namun sebilangan peserta dari luar negara sahaja menyertai kejohanan berkenaan iaitu dari Australia, Korea Selatan, Mesir dan Indonesia. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 7 bulan yang lalu

Kami Boleh Bersara Jika Ada Atlet Pelapis - Pandelela

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Pandelela Pilih Berlatih Secara Bijak Buru Slot Ke Olimpik Paris

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Nur Dhabitah Mahu Bebas Kecederaan Sebelum Kembalikan ‘Mood’ Bertarung

4

Sukan 1 tahun yang lalu

MSN Nafi Laporan Akhbar Pegawai ISN Tidak Bantu Atlet Di Olimpik Tokyo

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia