web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kami Boleh Bersara Jika Ada Atlet Pelapis - Pandelela

Sukan Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Feb 2024 7:55PM

Aksi gandingan Datuk Pandelela Rinong-Nur Dhabitah Sabri dalam salah satu pertandingan yang mereka sertai. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Datuk Pandelela Rinong hari ini berkata penerjun senior sepertinya boleh bersara, jika ada atlet pelapis yang boleh mengatasi mereka.

Namun demikian, beliau berkata, sehingga kini, Malaysia masih belum mempunyai kumpulan pelapis yang mampu menyaingi mereka serta atlet antarabangsa, dan beliau masih mahu memikul tanggungjawab sebagai penerjun negara.

"Bagi kami, hendak bersara boleh, tetapi atlet pelapis kena berjaya menang mengatasi kami, baru mereka ada peluang untuk lawan dengan penerjun luar negara.

"Saya boleh kata untuk acara saya (10 meter (m) platform), jurangnya masih jauh. Sekarang ini saya kena tengok atlet pelapis dahulu, peranan saya sekarang adalah mengisi kekosongan dalam pasukan," katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

Pandelela, 30, berkata, atas sebab itu, walaupun gagal untuk menempah slot ke Sukan Olimpik Paris 2024 pada Kejohanan Akuatik Dunia, Doha baru-baru ini, beliau masih belum berhasrat menamatkan karier sebagai penerjun negara, meskipun gagal menempah slot ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Beliau yang memenangi pingat perak di Sukan Olimpik Rio 2016, gagal menempah slot ke Sukan Olimpik Paris 2024, setelah terkandas awal dalam acara 10m platform individu wanita dan menamatkan acara 10m platform seirama di tempat ke-12 bersama gandingannya, Nur Dhabitah Sabri.

Dalam pada itu, Pandelela berkata, program pembangunan sukan terjun perlu diperkuat, bagi mencari kumpulan pelapis yang 'ampuh' untuk mewakili negara pada masa depan.

Beliau berkata, sebelum ini, dia telah memberi amaran apabila acara terjun wanita dibatalkan di Sukan Malaysia (Sukma), namun ia seolah-olah tidak didengari pihak berkenaan.

Sementara itu, Nur Dhabitah mengakui kecederaan triseps yang dialami menjadi punca utama beliau tidak beraksi cemerlang di Doha baru-baru ini.

"Saya mengalami triseps tertarik, nak peluk kaki pun tak boleh. la terjadi semasa hari pertama latihan di Doha. Apatah lagi air sejuk, mereka tidak sediakan air panas untuk penerjun," katanya.

Selain tidak beraksi cemerlang bersama Pandelela, Nur Dhabitah turut menampilkan aksi hambar apabila gagal menyerlah dalam acara kegemarannya 3m papan anjal, setelah berada di kedudukan ke-24 dengan 238.15 mata.

Bagi acara 3m papan anjal seirama, Nur Dhabitah yang bergandingan bersama Wendy Ng hanya meraih 258.30 mata untuk berada di tempat kesembilan, sekali gus gagal mara ke pentas final. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Pandelela Pilih Berlatih Secara Bijak Buru Slot Ke Olimpik Paris

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Nur Dhabitah Mahu Bebas Kecederaan Sebelum Kembalikan ‘Mood’ Bertarung

3

Sukan 1 tahun yang lalu

MSN Nafi Laporan Akhbar Pegawai ISN Tidak Bantu Atlet Di Olimpik Tokyo

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Azizulhasni Cipta Rekod, Pandelela Kembali Raih Olahragawati Kebangsaan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia