web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Azizulhasni Cipta Rekod, Pandelela Kembali Raih Olahragawati Kebangsaan

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2023 7:27PM

Anwar Ibrahim (tengah) dan Hannah Yeoh (kiri) bergambar bersama penerima anugerah Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan, Azizulhasni Awang (dua, kiri) dan Pandelela Rinong Anak Pamg (dua, kanan) pada Majlis Anugerah Sukan Negara 2021 - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jaguh berbasikal trek Datuk Mohd Azizulhasni Awang melakar sejarah apabila dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan Anugerah Sukan Negara (ASN) buat kali kelima pada edisi 2021, hari ini.

Kejayaan diraih ‘The Pocket Rocketman’ pada majlis berlangsung di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, di sini, sekali gus menyaksikannya muncul atlet lelaki paling banyak meraih Olahragawan Kebangsaan selepas berjaya merangkul gelaran itu pada 2009, 2010, 2017 dan 2019/2020.

Pencapaian dilakar pelumba berusia 35 tahun itu mengatasi legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Rashid Sidek serta bekas jaguh bina badan negara Sazali Samad, yang berkongsi empat gelaran sebelum ini.

Mohd Azizulhasni mencatat kejayaan membanggakan pada 2021 selepas merangkul perak keirin lelaki di Sukan Olimpik Tokyo 2020 selain menguasai acara pecut pada Kejohanan Berbasikal Trek Elit Victoria serta perak bagi keirin dalam Kejohanan Victoria 2021 di Australia.

Bekas juara dunia itu mengetepikan saingan terdekat iaitu pemenang gangsa beregu lelaki di Sukan Olimpik Tokyo 2020, Aaron Chia-Soh Wooi Yik (badminton), Buda Anchah (bina badan), Ng Eain Yow (skuasy) dan Syarifuddin Azman (permotoran).

Bonnie Bunyau Gustin menerima gelaran Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2021 - Gambar oleh Syeda Imran
Bonnie Bunyau Gustin menerima gelaran Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2021 - Gambar oleh Syeda Imran

Ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong pula kembali dinamakan sebagai Olahragawati Kebangsaan, yang juga gelaran keempat buatnya selepas kali terakhir meraihnya pada 2015.

Pandelela, yang pernah merangkul Olahragawati Kebangsaan pada 2011 dan 2012 selain muncul juara Piala Dunia 2021 acara 10 meter (m) individu platform di Jepun, menewaskan dua pemain skuasy Rachel Arnold dan Aifa Azman, Meilaura Dora Jimmy (bina badan) dan Nur Amisha Azrilrizal (Muaythai). 

Dalam pada itu, kejayaan muncul atlet powerlifting negara pertama merangkul emas di pentas Sukan Paralimpik selain memecahkan rekod temasya di Tokyo melayakkan pemegang rekod dunia Bonnie Bunyau Gustin menerima gelaran Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2021 manakala perenang Brenda Anellia Larry diberikan Olahragawati Paralimpik Kebangsaan 2021.

Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan serta Olahragawan dan Olahragawati Paralimpik Kebangsaan, masing-masing menerima sebuah piala, piala iringan, sijil dan wang tunai RM20,000.

Walaupun gagal merangkul Olahragawan Kebangsaan, Aaron-Wooi Yik tidak pulang dengan tangan kosong apabila memenangi Pasukan Lelaki Kebangsaan 2021 manakala Natasha Mohamed Roslan, Faten Najihah Ahmad Faik, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman dan Nur Syazwani Sahar daripada sukan boling muncul Pasukan Wanita Kebangsaan 2021.

Adam Adli bersama Natasha Mohamed Roslan, Faten Najihah Ahmad Faik, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman dan Nur Syazwani Sahar daripada sukan boling  - Gambar oleh Syeda Imran
Adam Adli bersama Natasha Mohamed Roslan, Faten Najihah Ahmad Faik, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman dan Nur Syazwani Sahar daripada sukan boling - Gambar oleh Syeda Imran

ASN 2021 turut mengiktiraf pencapaian jurulatih powerlifting, Jamil Adam dan jurulatih boling negara, Wendy Chai De-Choo yang masing-masing dianugerahkan Jurulatih Lelaki dan Wanita Kebangsaan manakala Anugerah Tokoh Sukan pula diberikan kepada Datuk Norminshah Sabirin.

Majlis yang berlangsung meriah itu disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selain turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dan Timbalannya, Adam Adli Abd Halim serta Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

Anugerah berprestij yang mula diperkenalkan sejak 1966 itu ialah pengiktirafan tertinggi kerajaan bagi menghargai kecemerlangan sepanjang tahun yang dicapai atlet, jurulatih, pegawai dan persatuan sukan kebangsaan.

Majlis yang berlangsung meriah itu disempurnakan Anwar Ibrahim selain turut dihadiri Hannah Yeoh dan Timbalannya, Adam Adli Abd Halim serta Ahmad Shapawi Ismail - Gambar oleh Syeda Imran
Majlis yang berlangsung meriah itu disempurnakan Anwar Ibrahim selain turut dihadiri Hannah Yeoh dan Timbalannya, Adam Adli Abd Halim serta Ahmad Shapawi Ismail - Gambar oleh Syeda Imran

 

Berikut ialah senarai penuh penerima pada majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) 2021:

Olahragawan Kebangsaan - Datuk Mohd Azizulhasni Awang (berbasikal)

Olahragawati Kebangsaan - Datuk Pandelela Rinong (terjun)

Olahragawan Paralimpik Kebangsaan -  Bonnie Bunyau Gustin (powerlifting)

Olahragawati Paralimpik Kebangsaan - Brenda Anellia Larry (renang)

Pasukan Lelaki Kebangsaan - Aaron Chia-Soh Wooi Yik (badminton)

Pasukan Wanita Kebangsaan - Natasha Mohamed Roslan, Faten Najihah Ahmad Faik, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman dan Nur Syazwani Sahar (boling)

Jurulatih Lelaki Kebangsaan - Jamil Adam (powerlifting) 

Jurulatih Wanita Kebangsaan - Wendy Chai De-Choo (boling)

Anugerah Tokoh Sukan - Datuk Norminshah Sabirin

Anugerah Kepimpinan Sukan - Huang Ying How

Anugerah Khas - Mohd Zaki Abd Rahman, Subkhiddin Mohd Salleh, Chan Foong Keong

- Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

ASN 2023: Mike Mahen, Natasha Dinobat Olahragawan Dan Olahragawati Kebangsaan

2

Sukan 7 bulan yang lalu

Kami Boleh Bersara Jika Ada Atlet Pelapis - Pandelela

3

Sukan 8 bulan yang lalu

Saya Ambil Risiko Sekali Lagi Demi Negara Tercinta - Mohd Azizulhasni

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Pandelela Pilih Berlatih Secara Bijak Buru Slot Ke Olimpik Paris

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia