web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Saya Ambil Risiko Sekali Lagi Demi Negara Tercinta - Mohd Azizulhasni

Sukan Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2024 7:56PM

gambar FB Azizulhasni Awang

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang sekali lagi melakukan 'kerja gila' apabila mengambil risiko menyertai Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) walaupun disahkan mengalami Perikarditis atau radang jantung dua minggu sebelum kejohanan.

Menurut juara dunia keirin 2017 itu, keputusan untuk berlumba di, Adelaide, Australia adalah tindakan tidak masuk akal kerana pihak hospital sudah menasihatkan beliau supaya berehat selama empat hingga enam minggu daripada sama ada menjalani latihan mahupun menyertai kejohanan kompetitif.

"Saya runsing. Tanggungjawab saya untuk negara amat besar. Kalau tak berlatih nanti prestasi menurun... Kalau tak bertanding pula, takut merencatkan mata kelayakan ke Sukan Olimpik. Parah. Berhari-hari saya tidur tak lena, mandi tak basah. Nasib baik ada isteri tersayang dan anak-anak yang menjadi penenang ketika resah.

"Saya buat kerja gila. Saya ambil risiko sekali lagi demi negara tercinta. John, I still want to go to Adelaide and we will see how it goes there' saya telefon John Beasley di Malaysia.

"Percaturan saya, kalau tak menang pun, sekurang-kurangnya dapat tempat tercorot pun masih memberikan sedikit mata bagi mengimbangi kutipan mata saya. Saya janji pada isteri, kalau saya terasa sakit yang melampau dan berasa keterlaluan saya akan terus berhenti, tidak kisahlah walaupun ketika perlumbaan," kata Mohd Azizulhasni yang berkongsi mengenai masalah kesihatan dihadapinya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Pelumba yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman itu mengakui kemenangan pingat emas acara keirin dan mara ke separuh akhir acara pecut adalah di luar jangka kerana sedar beliau hadir ke kejohanan Piala Negara-Negara UCI berkenaan bukan dengan prestasi terbaik.

"Perlumbaan akhir keirin tempoh hari tu memang UNBELIEVABLE! Kalau tanya saya sekarang, saya pun tak tahu dan tak percaya macam mana semua tu boleh berlaku.

"Bagi saya ia adalah berkat doa ibu saya di kampung, juga berkat doa isteri dan anak-anak di rumah serta ahli keluarga yang lain. Oh ya, mungkin juga rezeki baby baharu saya dan isteri, Amna Aseeya," katanya.

Pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu membuktikan reputasinya selaku antara pelumba terbaik dunia dengan memenangi emas acara keirin, mengatasi dua pelumba Jepun, Shinji Nakano dan Kaiya Ota yang masing-masing menamatkan saingan di tempat kedua dan ketiga.

Bagaimanapun semalam, Mohd Azizulhasni terpaksa menarik diri acara pecut akibat simptom Perikarditis itu.

Beliau terpaksa meninggalkan saingan penentuan pingat gangsa berdepan pelumba tuan rumah yang juga juara dunia 2018 Matthew Glaetzer, setelah mengalami simptom selepas pusingan separuh akhir.

Berkongsi kisah bermulanya simptom Perikarditis, Mohd Azizulhasni berkata, beliau mengalami sesak nafas dan sakit dada ketika menyertai pertandingan pemanas badan di Australia sebelum disahkan oleh doktor mengenai penyakit dihadapinya itu.

"Perikarditis adalah kondisi selaput luar jantung (pembungkus jantung - pericardium) mengalami keradangan. Saya pun tanyalah, pada pendapat doktor apa yang menyebabkan keadaan ini boleh berlaku. Ironinya selepas pembedahan jantung dahulu, proses pemulihan berjalan dengan lancar dan saya tidak mempunyai sebarang masalah besar dan serius pun.

"Jawab doktor, ia mungkin berlaku disebabkan oleh kesan pascapembedahan jantung dahulu. Mungkin ada kecederaan di bahagian dada atau kesan kanser pada organ lain yang memberi kesan kepada jantung ataupun mungkin kerana jangkitan bakteria atau virus. Terus saya lebih setuju dengan pendapat terakhir ini. Tapi saya masih harus menjalani pemeriksaan dan ujian lanjutan," katanya.

Pelumba berusia 36 tahun itu memaklumkan beliau telah terkena jangkitan virus ketika berada di Malaysia pada awal Disember lalu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Nak Beriadah Pun Janganlah Sampai Bahayakan Nyawa

2

Sukan 4 bulan yang lalu

Muhammad Shah Firdaus, Nurul Syasya Nadiah Dipilih Olahragawan, Olahragawati Johor

3

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Dekat Betul Tu, Badan Bingkai Besi Ke Bang?

4

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Berani Atau Pentingkan Diri Sendiri...

Sorotan

1

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

2

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

3

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

4

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

5

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Penganggur Didakwa Bunuh Isteri

Semasa 19 jam yang lalu

Kantin Sekolah Di Batu Pahat Diarah Tutup Selepas 90 Pelajar Keracunan Makanan

Semasa 1 hari yang lalu

Foto Kecederaan Zayn Rayyan Tular Di Telegram

oleh Diyana Nawwar

Semasa 3 jam yang lalu

Program Matrikulasi: Kuota Bumiputera Tidak Berubah - PM

oleh Wartawan Getaran