web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Muhammad Shah Firdaus, Nurul Syasya Nadiah Dipilih Olahragawan, Olahragawati Johor

Sukan Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 29 Feb 2024 10:56AM

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah (dua, kanan) bergambar bersama penerima Anugerah Olahragawan dan Olahragawati Johor masing-masing atlet sukan berbasikal Muhammad Shah Firdaus Sahrom (kanan) dan atlet sukan menembak Nurul Syasya Nadiah Mohd Arifin yang diwakili ibunya, Zainorida Ngarip (kiri) pada Majlis Anugerah Sukan Johor ke-30 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, semalam. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Jaguh berbasikal negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom merangkul gelaran Olahragawan, manakala atlet menembak, Nurul Syasya Nadiah Arifin diumum sebagai Olahragawati Negeri Johor melalui Anugerah Sukan Johor (ASJ) Ke-30, malam tadi.

Anugerah berkenaan disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Mohd Hairi Mad Shah dalam majlis yang diadakan di Pusat Konvensyen Persada Johor di sini.

Mohd Hairi berkata, Muhammad Shah Firdaus dipilih sebagai pemenang anugerah itu kerana pencapaian beliau yang telah menempa nama bagi sukan berbasikal dengan mendapat ranking ke-12 bagi acara keirin dan sprint pada Sukan Olimpik Tokyo 2021 serta meraih pingat gangsa dalam Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Katanya, pemilihan Nurul Syasya Nadiah pula atas kemenangan beliau merangkul pingat emas pada Sukan SEA 2022 dan menyumbang empat pingat emas semasa Sukan Malaysia (SUKMA) MSN XX 2022 di Kuala Lumpur.

"Dalam ASJ kali ini, sebanyak 14 anugerah diberikan kepada atlet serta penggerak sukan dan diharap dapat menjadi inspirasi serta pemangkin buat atlet lain untuk lebih baik selepas ini, sekali gus menjulang nama Johor di peringkat tempatan mahupun di luar negara," katanya ketika berucap.

Terdahulu, kedua-dua jaguh sukan berkenaan yang berasal dari Muar dan Batu Pahat itu masing-masing membawa pulang wang tunai RM7,000 bersama trofi.

Dalam anugerah lain, Pasukan Bola Sepak Negeri Johor telah dipilih sebagai Pasukan Lelaki Terbaik kerana kejayaan mengekalkan kejuaraan Piala Sumbangsih, Piala Malaysia dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) 2021 & 2022, selain memenangi Pasukan Terbaik dalam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan MFL 2022.

Kejayaan pasukan Pursuit Wanita SUKMA Johor dengan mencipta rekod baharu kebangsaan serta merangkul emas pada SUKMA MSN XX 2022 menjadikan mereka dipilih sebagai pemenang kategori wanita. Kedua-dua pasukan membawa pulang wang tunai RM3,000 berserta trofi.

Sementara itu, ketika ditanya berkenaan kejohanan akan datang, Muhammad Shah Firdaus yang mendapat julukan 'The Terminator Shah' memberitahu beliau akan beraksi pada Piala Negara-negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) 2024 (Nation Cup) di Hong Kong, Mac nanti sebelum ke Australia bagi latihan menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024.

"Saya akan menganggap semua kejohanan adalah penting bagi memastikan prestasi semasa berada pada tahap terbaik dan akan menjadikan kesilapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2024 di New Delhi minggu lepas sebagai pengajaran," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Nak Beriadah Pun Janganlah Sampai Bahayakan Nyawa

2

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Dekat Betul Tu, Badan Bingkai Besi Ke Bang?

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Saya Ambil Risiko Sekali Lagi Demi Negara Tercinta - Mohd Azizulhasni

4

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Berani Atau Pentingkan Diri Sendiri...

Sorotan

1

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

2

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

3

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

4

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

5

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Kantin Sekolah Di Batu Pahat Diarah Tutup Selepas 90 Pelajar Keracunan Makanan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Dahului Senarai Penerima Darjah, Bintang Kebesaran Hari Keputeraan Sultan Kedah 

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Pemuda Maut Dibaham Buaya

Semasa 1 jam yang lalu

Persiapan Istiadat Pertabalan Agong Sudah Di Peringkat Akhir