web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Projek KSSA Tetap Diteruskan Tapi Tidak Secara Tergesa-Gesa - MB Selangor

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2023 9:22PM

Amirudin Shari berkata pihaknya kini masih di peringkat akhir perbincangan tentang status nilai serta saiz pertukaran tanah dan belum dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Projek pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) akan dilaksanakan mengikut prosedur dan tidak secara tergesa-gesa bagi mengelak sebarang pertikaian walaupun Selangor akan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN)  tidak lama lagi. 

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan sesuai dengan hasrat Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dan penyokong bola sepak Selangor, projek KSSA akan tetap diteruskan walau apa pun yang terjadi.

“Apa-apa yang terjadi ia (pembangunan) akan diteruskan kerana ia bukan hasrat saya tapi hasrat penyokong (bola sepak) Selangor, tidak ketinggalan Sultan Selangor dan Raja Muda Selangor. Saya berharap projek ini dapat dijalankan seperti amanah yang telah ditetapkan,” katanya ketika diminta mengulas mengenai pembinaan KSSA sama ada akan dilakukan sebelum atau selepas PRN. 

Terdahulu, Amirudin menghadiri Rumah Terbuka Semarakkan Syawal 2023 Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) di Pusat Konvesyen Setia City di sini yang dihadiri sekitar 1,000 pihak berkepentingan.

Mengulas lanjut status terkini projek itu, Amirudin berkata pihaknya kini masih di peringkat akhir perbincangan tentang status nilai serta saiz pertukaran tanah dan belum dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Sebelum ini, Sultan Selangor pada Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keenam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-14 bertitah agar proses pembinaan KSSA dapat dilaksanakan dengan segera secara teratur dan telus, menepati masa, kos serta kualiti yang ditetapkan agar dapat memberi manfaat sewajarnya kepada rakyat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 4 bulan yang lalu

PRK KKB: Signal Keyakinan Rakyat Terhadap Kerajaan Perpaduan Semakin Utuh - Amirudin 

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Sultan Selangor Mahu Orang Melayu Ambil Jalan Perpaduan, Kukuh Keharmonian Sesama Masyarakat

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Sultan Sharafuddin Puji Sumbangan Goodyear Kepada Selangor

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Sultan Selangor Zahir Hasrat Tidak Sambung Tugas Pengerusi MKI

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia