web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Skuasy Berpeluang Bantu Kontinjen Negara Hampiri Sasaran Dengan Bergaya

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 05 Oct 2023 8:19AM

Kontinjen Malaysia ketika beraksi di temasya Sukan Asia Hangzhou 2022. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HANGZHOU - Walaupun tiada sebarang pingat dituai, Malaysia sekurang-kurangnya sudah mengesahkan tiga kilauan perak pada hari ke-11 temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 semalam, untuk melengkapkan sasaran 27 pingat ditetapkan dengan bergaya.

Gelanggang Skuasy, Pusat Sukan Olimpik Hangzhou sekali lagi menjadi tumpuan apabila kem negara berjaya mara ke final dalam tiga kategori, sekali gus berpeluang menambah koleksi emas selepas Malaysia merangkul emas dalam acara berpasukan wanita Sabtu lalu.

Gandingan Mohammad Syafiq Mohd Kamal-Aifa Azman berpeluang mencipta sejarah sebagai juara beregu campuran pertama dalam Sukan Asia, namun berdepan tugas getir apabila bakal berdepan pilihan utama dari India, Dipika Pallikal-Harinder Pal Singh Sandhu di pentas final, esok.

Dalam acara perseorangan wanita, S. Sivasangari berpeluang memperbaiki pencapaian perak yang diraih pada edisi lalu apabila dijadual menentang wakil Hong Kong, Chan Sin Yuk.

Turut ke final adalah perseorangan lelaki, Ng Eain Yow yang juga pilihan utama kejohanan dan akan bertemu pemain India, Saurav Ghosal.

Di sebalik siri kontroversi di luar gelanggang, perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mara ke suku akhir selepas menundukkan juara dunia dari Thailand, Kunlavut Vitidsan di Gimnasium Binjiang.

Pemain di ranking ke-16 dunia itu bangkit mencatat kemenangan dramatik 10-21, 21-19, 21-6 di depan penonton yang memberikan sokongan padu kepadanya.

Kem badminton negara turut mengesahkan tempat di suku akhir acara perseorangan lelaki menerusi Ng Tze Yong serta beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, beregu wanita Pearly Tan-M.Thinaah dan beregu Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

Di Pusat Sukan Fuyang Yinhu, duo Mohd Juwaidi Mazuki-Fatin Nurfatehah Mat Salleh gagal mencipta kejutan ke atas gandingan India, Ojas Pravin Deotale-Jyothi Surekha Vennam, selepas tewas 155-158 di suku akhir compound berpasukan campuran, sekali gus harapan terletak kepada trio compound berpasukan lelaki untuk menjelmakan pingat esok.

Sementara itu, atlet terjun muda Bertrand Rhodict Lises terus melakar pencapaian memberangsangkan pada penampilan pertamanya di Sukan Asia apabila menamatkan final 10 meter (m) platform lelaki di kedudukan keempat selepas mengumpul keseluruhan 434.85 mata.

Esok, kem karate akan memulakan cabaran pusingan awal, selain pasukan sepak takraw yang akan turun dalam aksi Kumpulan A acara regu lelaki berdepan Vietnam dan Singapura, dalam misi menghadiahkan emas.

Setakat malam tadi, Malaysia berada di kedudukan ke-16 selepas meraih tiga emas, empat perak dan 16 gangsa atau sejumlah 23 pingat, manakala China terus kekal di persada dengan kutipan 171-94-51, diikuti Jepun di tempat kedua (37-51-59) dan Korea Selatan ketiga (33-45-70). - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 bulan yang lalu

Skuasy: Malaysia Sapu Bersih Gelaran Juara Berpasukan Asia

2

Sukan 4 bulan yang lalu

Sivasangari Dinobatkan Atlet Terbaik April Oleh The World Games

3

Sukan 5 bulan yang lalu

Terbuka Jerman: Eain Yow Raih Gelaran Sulung Jelajah Dunia Di Hamburg

4

Sukan 7 bulan yang lalu

Wee Wern Ucap Selamat Tinggal Kepada Sukan Skuasy

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia