web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Thailand Ranap Misi Malaysia Pertahan Emas Antara Regu Lelaki

Sukan Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2023 12:34PM

Aksi pasukan regu lelaki negara yang dibarisi Mohd Azlan Alias, Amirul Zazwan Amir, Muhammad Zarif Marican, Mohammad Syahir Mohd Rosdi dan Muhammad Afifuddin Mohd Razali pada perlawanan akhir bertemu Thailand yang menghadiahkan pingat perak buat Kontinjen Malaysia. gambar Facebook MSN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JINHUA - Skuad sepak takraw lelaki negara gagal mempertahankan pingat emas acara antara regu di Sukan Asia Hangzhou 2022 selepas kecundang kepada Thailand 0-2 pada final di Pusat Sukan Gimnasium Jinhua di sini, hari ini.

Walaupun membawa pulang perak, regu negara berjaya menampilkan semangat juang tinggi bagi menyaingi kehebatan pihak lawan terutama pada set kedua, namun tuah lebih berpihak Thailand yang dinobatkan sebagai juara selepas merakam kemenangan 21-15, 21-19.

Pada set pertama, trio negara Mohamad Azlan Alias, Amirul Zazwan Amir dan Muhammad Zarif Marican bermula baik apabila berjaya mengikat kedudukan 11-11 sebelum Thailand yang dibarisi Pansan Pichet, Yupadee Pattarapong dan Khamchan Sittipong mula melebarkan jurang mata.

Ketinggalan 11-14, ketua jurulatih negara, Ahmad Jais Baharun membawa masuk tekong, Mohammad Syahir Mohd Rosdi menggantikan Muhammad Zarif dalam usaha mengubah perlawanan, namun percaturan itu gagal memberi kesan dan Thailand meraih kemenangan di set pertama.

Pada set kedua, perlawanan berlangsung sengit yang menyaksikan kedua-dua pasukan saling berkejar mata demi mata dengan Malaysia mengikat kedudukan sebanyak empat kali, selain terus membuat penggiliran tekong sementara Thailand kekal dengan trio yang sama.

Malaysia dan Thailand terikat sebanyak tujuh kali sepanjang set kedua antaranya pada kedudukan 10-10, 16-16, 17-17 dan 18-18, namun pengalaman dan ketenangan menjadi pemisah kedua-dua pasukan yang menyaksikan pihak lawan menoktahkan kejayaan 21-19 untuk mengesahkan emas.

Bercakap kepada pemberita selepas final itu, Ahmad Jais berkata, anak buahnya sudah berusaha sebaik mungkin untuk menyaingi Thailand yang sememangnya memiliki kelebihan dari aspek serangan dan pertahanan.

Katanya, beberapa kontroversi membabitkan keputusan pengadil dalam perlawanan itu juga memberi impak terhadap fokus pemain.

“Walaupun kita ketinggalan pada set pertama dan gagal menyaingi mereka, namun pada set kedua kita mula bangkit dari segi pertahanan dan serangan, namun beberapa kontroversi sedikit sebanyak melemahkan momentum pasukan, itu yang buat kita kecewa pada set kedua,” katanya.

Sementara itu, Mohammad Syahir berkata, beliau dan rakan sepasukan sudah memberikan segalanya di gelanggang untuk cuba membawa pulang emas.

“Kami semua tahu memang Thailand banyak kelebihan dan satu pasukan yang kuat tetapi kami memang perah habis-habisan kali ini dan semangat kami tidak pernah luntur pada Sukan Asia kali ini.

“Di final ini memang kami berjuang bersungguh-sungguh tetapi nasib tidak menyebelahi kami untuk dapatkan emas,” kata pemain berusia 27 tahun itu.

Kejayaan itu menyaksikan Thailand kembali merampas emas yang dimenangi kali terakhir pada edisi 2014 di Incheon, Korea Selatan.

Dalam pada itu, pingat gangsa acara itu dimenangi bersama Filipina dan Vietnam selepas masing-masing tersingkir di peringkat separuh akhir, semalam. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Kes Cabul: Doktor Dibebas Dengan Jaminan Polis

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Buat Gangguan Seksual Terhadap Remaja, Doktor ‘Jijik’ Dicekup

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Rombongan Haji Thailand Mahu Belajar Cara Pengurusan Haji Malaysia 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

5 Cedera Bas Rempuh Treler Di Lebuhraya PLUS

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 12 jam yang lalu

Parti Buruh Britain Dijangka Menang Pilihan Raya

Semasa 4 jam yang lalu

Rosmah Nafi Beli Barangan Mewah Guna Dana 1MDB

Semasa 1 hari yang lalu

2 Lagi Ditahan Terlibat Kes Rasuah Projek Lebuh Raya Di Lembah Klang

Sukan 16 jam yang lalu

Kim Swee Yakin Sabah FC Mampu Mara Ke Separuh Akhir Piala FA