web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Keputusan UK, Ireland Tuan Rumah Euro 2028 Diumum Secara Rasmi Selasa 

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2023 4:48PM

gambar FB England football team

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Tawaran bersama UK dan Ireland untuk menjadi tuan rumah Euro 2028 dijangka diluluskan secara rasmi lewat Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Penarikan diri Turkiye untuk memberi tumpuan kepada bidaan bersama Itali untuk menjadi tuan rumah Euro 2032 menjadikan bidaan England, Ireland Utara, Scotland, Wales dan Ireland tidak dicabar, sekali gus bakal menjadi tuan rumah kejohanan dalam masa lima tahun akan datang.

UEFA sudah mengekalkan dua slot automatik kepada tuan rumah, jika mana-mana daripada lima negara pembida tidak layak secara merit ke pusingan akhir.

Pada Isnin, England melalui Persatuan Bola Sepak England (FA) difahamkan sudah memohon untuk melalui pusingan kelayakan Euro 2028.

FA dikatakan berminat untuk memastikan pasukan itu berdaya saing menjelang pusingan akhir, dengan Jerman bergelut dalam aksi persahabatan menjelang Euro 2024.

Terdapat juga kebimbangan mengenai prestasi pasukan pada pertandingan sebenar jika mereka terbatas hanya kepada perlawanan persahabatan.

Jika lebih dua daripada lima pasukan tuan rumah tidak berjaya ke pusingan akhir, hanya dua yang mempunyai rekod terbaik akan mendapatkan slot automatik. Jadi, tiada jaminan kelima-lima pasukan akan terlibat pada pusingan akhir Euro 2028.

Sebanyak 10 stadium sudah dimasukkan dalam penyerahan bidaan UK-Ireland pada April. Enam daripada venue adalah di England, dengan masing-masing satu dari Ireland Utara, Republik Ireland, Scotland dan Wales.

Enam venue di England adalah Wembley, Stadium Tottenham Hotspur, Stadium Etihad, St James' Park, Villa Park dan stadium baharu Everton di Bramley-Moore Dock.

Casement Park yang dibangunkan semula di Belfast, Stadium Aviva di Dublin, Hampden Park di Glasgow dan Stadium Principality di Cardiff adalah stadium lain yang termasuk dalam penyerahan itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

2

Selebriti 6 bulan yang lalu

 Alif Satar Perluas Kempen #GengSubuhMacamJumaat Ke UK

3

Sukan 6 bulan yang lalu

Kerajaan Teliti Sebelum Buat Keputusan Tawaran Anjur Sukan Komanwel 2026 - PM

4

Rencana 1 tahun yang lalu

Maklum Tuan Rumah Jika Tak Dapat Hadir Rumah Terbuka, Elakkan Pembaziran

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia