web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Teliti Sebelum Buat Keputusan Tawaran Anjur Sukan Komanwel 2026 - PM

Sukan Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2024 4:01PM

Kompleks Sukan Negara di Bukit Jalil menjadi venue utama penganjuran Sukan Komanwel 1998, ketika Malaysia menjadi tuan rumah. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HAMBURG - Kerajaan akan membincangkan dengan terperinci dan mendapatkan pandangan semua pihak sebelum membuat keputusan muktamad berhubung tawaran untuk Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan Komanwel 2026.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telah meminta maklumat daripada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh; Majlis Sukan Negara dan pihak lain yang berkaitan.

"Kita kena lihat dulu secara terperinci. Lihat keseluruhannya sebelum membuat keputusan muktamad," kata beliau pada sidang media pada akhir lawatan enam hari beliau ke Jerman.

Anwar berkata, beliau juga telah meminta Kabinet membincangkan tawaran itu pada mesyuaratnya semalam dan keputusan mengenainya dijangka dibuat minggu depan.

"Kita tidak boleh tangguh keputusan," tambahnya ketika diminta mengulas tawaran Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) kepada Malaysia untuk menjadi tuan rumah temasya itu bagi menggantikan Victoria, Australia yang menarik diri tahun lalu.

CGF juga menawarkan suntikan dana 100 juta pound (RM602 juta) kepada Malaysia yang pernah menjadi tuan rumah pada tahun 1998.

Victoria menarik diri kerana peningkatan kos penganjuran daripada jangkaan awal AUD2.6 bilion (kira-kira RM8.09 bilion) kepada AUD7 bilion (kira-kira RM21.78 bilion).

Anwar berkata, beliau sedar terdapat pelbagai pandangan mengenai tawaran itu, namun ia perlu dilihat dari pelbagai sudut.

"Namun, sepertimana kita tahu, sukan olahraga tak boleh dilihat daripada kepentingan ekonomi dan pelaburan sahaja. Kita nak bagi juga ruang, galakan dan dorongan kepada atlet olahragawan olahragawati untuk bersaing," katanya.

"Umpamanya kalau kita terima tawaran ini, akan ada program untuk persediaan atlet," kata beliau.

Bagaimanapun signifikan Sukan Komanwel itu sendiri juga perlu dilihat sebelum sebarang keputusan dibuat.

"Apakah signifikannya, berapa belanja yang diperlukan. Walaupun ada ratusan juta yang disediakan oleh CGF, tapi kalau kita kena belanja sampai billion ringgit lagi, itu mungkin keupayaan kita terbatas," tambah beliau.

Anwar berkata, kerajaan akan berbincang secara terbuka mengenai isu tawaran berkenaan dan menerima sebarang pandangan daripada semua pihak.

"Kita akan ambil kira semua pro dan kontra sebelum membuat keputusan," tambah beliau. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Projek Perumahan Baharu Perlu Ada Blok Rumah MADANI - PM

3

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Syed Husin Guru Luar Biasa, Tinggalkan Pengetahuan Yang Sangat Besar’ - PM

4

Semasa 4 bulan yang lalu

‘Cakap Elok-Elok, Selesai Semua Masalah’ - PM Cuit Sanusi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 3 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 18 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad