web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Penalti 4 - 2 Bantu Korea Selatan Singkir Arab Saudi

Sukan Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2024 1:13PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DOHA - Korea Selatan melangkah ke peringkat suku akhir Piala Asia 2023 apabila mengalahkan Arab Saudi 4-2 menerusi penentuan penalti, selepas terikat 1-1 pada aksi pusingan 16 terbaik yang berlanjutan sehingga 120 minit permainan di sini, malam tadi  (awal pagi waktu Malaysia).

Penjaga gol Jo Hyeon-woo muncul wira Korea Selatan pada penentuan penalti itu, apabila menafikan dua rembatan pemain Arab Saudi yang diambil masing-masing Sami Al-Naji dan Abdulrahman Ghareeb, untuk terus menghidupkan cabaran Taegeuk Warriors dalam pemburuan gelaran ketiga mereka.

Terdahulu pada 90 minit permainan di Stadium Education City itu, pemain muda Abdullah Radif meletakkan Green Falcons di depan, sejurus selepas waktu rehat, sebelum Cho Gue-sung menyamakan kedudukan di lewat separuh masa kedua untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Korea Selatan turun dengan skuad terkuat apabila Jurgen Kinsmann membariskan nama-nama besar yang beraksi di Eropah, antaranya bintang Tottenham Hotspur Son Heung-min, Kim Min-jae (Bayern Munich), Jeong Woo-yeong (VFB Stuttgart) dan Lee Kang-in yang beraksi untuk Paris Saint-Germain.

Namun, disiplin bertahan tinggi dipamerkan anak buah Roberto Mancini yang kesemuanya beraksi di Liga Pro Saudi, menyaksikan lawan buntu mencetak jaringan dengan peluang terbalk pada separun masa pertama, hadir menerusi percubaan Son yang diselamatkan Ahmed Al-Kassar pada minit ke-26.

Percubaan berbahaya pada babak pertama hadir di hujung permainan, apabila tandukan Saleh Al Shehri berpunca dari sepakan penjuru Mohammed Al Burayk pada minit ke-41, menyaksikan bola tepat ke palang gol sebelum tandukan susulan oleh Ali Lajami turut hanya menggegar palang.

Bersambung babak kedua, percaturan Mancini membawa masuk Radif menggantikan Al Shehri membuahkan hasil, apabila pemain Al Shabab berusia 21 tahun itu tidak menunggu lama untuk membuka jaringan buat Arab Saudi pada minit ke-46, sekali gus menambah tekanan kepada pasukan lawan.

Gol itu terhasil berpunca gerakan dari sebelah kiri, menyaksikan kapten pasukan Salem Al-Dawsari yang menerima hantaran, membuat tampanan cantik serta mengeliukan untuk Radif menyambar bola, sebelum dengan tenang melepaskan rembatan ke penjuru kanan yang gagal diselamatkan Jo.

Korea Selatan yang tertekan melancarkan serangan bertali arus, menyaksikan lambakan peluang terhidang gagal diterjemahkan kepada jaringan, antaranya sepakan dari jarak dekat Hwang In-Beom pada minit ke-86 yang diselamatkan Al-Kassar menggunakan kaki.

Penjaga gol Al Fayha berusia 33 tahun itu, sekali lagi mempamerkan kecekapannya apabila menafikan tandukan Seol Young-woo dari jarak dekat seminit kemudian, sebelum bernasib baik tidak dibolosi apabila tandukan Cho hanya menggegar palang memasuki tiga minit masa tambahan babak kedua.

Namun, asakan demi asakan membuahkan hasil buat Korea Selatan apabila berjaya menyamakan kedudukan ketika masa tambahan berbaki seminit, menerusi tandukan Cho berpunca hantaran lintang Seol.

Kim terlepas peluang menjaringkan gol ketiga Korea Selatan selepas tandukannya berpunca hantaran lintang Lee diselamatkan Al-Kassar pada minit ke-98, sebelum penjaga gol itu terus menjadi tembok halangan apabila menafikan rembatan deras Lee pada minit ke-115.

Pada masa tambahan melepasi 120 minit permainan menyaksikan Jo menjadi penyelamat Korea Selatan, apabila menepis keluar rembatan Radif untuk mengheret perlawanan ke penentuan penalti.

Mohammed Kanno dan Saud Abdulhamid masing-masing tenang menyempurnakan dua penalti pertama Arab Saudi sebelum tendangan Al-Naji dan Ghareeb yang kedua-duanya menghala ke arah kiri gol bijak dibaca Jo untuk menepis bola keluar.

Son yang juga ketua pasukan Korea Selatan bersama Kim Young-gwon, Cho dan Hwang Hee-chan, masing-masing menyempurnakan tugas dengan baik selepas tidak berdepan masalah menewaskan Al-Kassar di gawang.

Korea Selatan yang merupakan juara dua kali, akan bertemu juara 2015 Australia pada pentas suku akhir di Stadium Al Janoub, Jumaat ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Hujan Rahmat Di Mina

2

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Canggih! Robot AI Fasih Pelbagai Bahasa Untuk Jemaah Haji

3

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Tiada Permit Yang Sah, Lebih 300,000 Jemaah Dilarang Masuki Makkah

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Media Antarabangsa Dibawa Lawat Kilang Air Zamzam, Pusat Kad Nusuk

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

Luar Negara 5 jam yang lalu

Jemaah Islamiyah Indonesia Umum Pembubaran

Politik 9 jam yang lalu

PM Ucap Tahniah Kepada PM Baharu UK, Keir Starmer

oleh Diyana Nawwar

Politik 4 jam yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid