web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kemenangan Korea Selatan Ke Atas Australia Bukan Balas Dendam - Son

Sukan Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2024 1:42PM

Skuad Taegeuk Warriors gagal bergelar juara kali ketiga selepas tewas di tangan Australia dengan jumlah gol yang sama pada perlawanan akhir edisi 2015 di Sydney - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

AL WAKRAH (QATAR) - Bintang Tottenham Hotspur Son Heung-min tidak melihat jaringan kemenangannya yang membawa Korea Selatan ke separuh akhir Piala Asia 2023 setelah mengecewakan Australia 2-1 pada Sabtu, sebagai balas dendam.

Son dan skuad Taegeuk Warriors gagal bergelar juara kali ketiga selepas tewas di tangan Australia dengan jumlah gol yang sama pada perlawanan akhir edisi 2015 di Sydney.

Penyerang berusia 31 tahun yang mencipta gol pada 2015 itu berkata kekalahan pada sembilan tahun lepas ternyata menyakitkan, namun telah mematangkan diri beliau yang turut menikmati kerjaya cemerlang sejak itu.

"Kejadian pada 2015 begitu menyakitkan, tetapi saya tidak menyebutnya sebagai membalas dendam. la sebahagian daripada bola sepak dan keputusan ini membantu saya menjadi lebih matang sebagai pemain," katanya selepas pertembungan suku akhir yang sengit di Stadium Al Janoub di sini.

Dalam aksi yang memasuki masa tambahan, Son menunjukkan kelasnya apabila meledak gol kemenangan melalui sepakan percuma pada minit ke-104 selepas menghadiahkan penalti untuk Korea Selatan menyamakan kedudukan pada lewat masa permainan sebenar.

Son kemudian dilihat berlari ke arah bangku simpanan Australia dan meraikan gol ketiganya pada kempen kali ini dengan penuh emosi.

Penyerang Wolverhampton Wanderers Hwang Hee-chan menyempurnakan sepakan penalti pada minit keenam tambahan masa selepas Craig Goodwin meletakkan pasukan Socceroos kendalian Graham Arnold di depan pada minit ke-42.

Sementara itu, ketua jurulatih Korea Selatan Jurgen Kinsmann gembira dengan watak positif yang ditunjukkan anak buahnya untuk memenangi satu lagi perlawanan yang berlangsung hingga 120 minit selepas mengatasi Arab Saudi menerusi sepakan penalti pada pusingan 16.

"Jelas sekali ia satu lagi drama, kami amat berpuas hati dan teruja untuk ke pusingan seterusnya. Aksi ini pertarungan yang sukar dengan Australia tetapi kami sudah menjangkakannya. Namun, bermain selama 120 minit, saya amat berbangga dengan pasukan dan semangat mereka.

"Kami kini berada dalam separuh akhir dan akan bertemu Jordan. Ini menunjukkan betapa sukar kumpulan kami dengan dua pasukan pada separuh akhir," kata pengendali dari Jerman berusia 59 tahun yang juga juara Piala Dunia pada 1990.

Pada pertembungan separuh akhir Selasa depan, juara dua kali Korea Selatan yang berhasrat menamatkan kemarau 64 tahun untuk bergelar juara, akan bertemu Jordan yang menyaksikan kedua-dua pasukan sebelum ini seri 2-2 dalam aksi Kumpulan E. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 5 hari yang lalu

Piala ASEAN B-16: Malaysia Tewas 0-2 Kepada Australia

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia Bergaya Melangkah Ke Suku Akhir

3

Ekonomi 2 bulan yang lalu

Kedah Mahu Bina LRT Di Langkawi

4

Ekonomi 3 bulan yang lalu

Anwar Tarik Pelabur Australia Dan ASEAN, Kongsi Persekitaran Kondusif Malaysia

Sorotan

1

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

2

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

3

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

4

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

5

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pegawai Kanan Polis Didakwa Langgar Pelajar Mohon Dibebaskan Dengan Jaminan

Sukan 19 jam yang lalu

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

Semasa 11 jam yang lalu

Op Bersepadu JPJ: 3 Pemandu Bas Positif Dadah, 2 Memandu Tanpa Lesen

oleh Diyana Nawwar

Semasa 11 jam yang lalu

USJT Ambil Alih Siasatan Kes Sebar Foto Mayat Zayn Rayyan