web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia Bergaya Melangkah Ke Suku Akhir

Sukan Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2024 8:50AM

Aksi Muhammad Noraizat (kiri) ketika menentang pasukan Brunei dalam kategori beregu pada Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur malam tadi. – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Malaysia menepati ramalan melangkah ke peringkat suku akhir dengan bergaya, selepas merakam kemenangan kedua dengan mengalahkan Brunei 2-0 pada aksi terakhir Kumpulan A, Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Stadium Titiwangsa di sini, malam tadi.

Pasukan negara dibarisi gandingan Aidil Aiman Azwawi, Muhammad Noraizat Mohd Nordin dan Baihakki A'ripin mudah mencatat kemenangan 15-9, 15-11 ke atas Brunei, yang mempertaruhkan Muhammad Azri Awang Abdul Harith, Mohamad Efiezul Haqim Murah dan Muhamad Basyiruddin Kamis.

Pada perlawanan itu, pemain negara Aidil Aiman menunjukkan semangat yang tinggi apabila tetap mahu diturunkan walaupun masih dalam proses pemulihan susulan gastrik, yang dialaminya sejak Ahad.

Kemenangan itu membolehkan Malaysia dibimbing Ahmad Jais Baharun muncul juara kumpulan, sementara Brunei kendalian bekas ketua jurulatih kebangsaan Abd Talib Ahmad, terpaksa berpuas hati sebagai naib juara.

Di pentas suku akhir pagi ini, Malaysia akan bertemu naib juara Kumpulan D Korea Selatan, sementara Brunei akan berdepan pasukan gergasi sepak takraw dunia, Thailand yang mengungguli saingan kumpulan D.

"Sebenarnya dalam setiap perlawanan bila masuk dalam gelanggang kami nak menang, itu yang kami terapkan dalam diri. Kami akan pulun esok, gemuruh tetap akan ada tapi kami akan kurangkan selain perlu lebih fokus ketika bertahan dan servis," kata Muhammad Noraizat.

Mengulas mengenai rakan sepasukannya yang mengalami gastrik, beliau berkata: "Sebenarnya dia (Aidil Aiman) tak sihat sebab suspek gastrik, dia ada makan ubat tahan sakit dan lawan rasa sakit tu dan hari ini dia bagi tahu sakit berkurang."

Namun, Muhammad Noraizat tidak melihat situasi itu akan menjejaskan aksi Malaysia, menentang Korea Selatan dalam misi mencapai sasaran ke final.

Dalam pada itu, Ahmad Jais berkata masih ada ruang untuk penambahbaikan dalam pasukan double negara menjelang pertembungan dengan Korea Selatan dan aksi seterusnya jika berjaya layak.

"Dari segi persembahan apa yang perlu diperkemas team double, dari segi kawalan bola, servis dan komunikasi dalam gelanggang, itu tiga elemen penting sebab dalam acara ini tak boleh tinggal mata agak jauh, sebab agak sukar untuk dapatkan mata melalui servis," katanya.

Sementara itu, dalam acara sama, Vietnam muncul juara Kumpulan B selepas mengatasi India 2-1 (17-16, 15-17, 17-15) dalam perlawanan terakhir kumpulan, sekali gus terlepas daripada membuat perhitungan dengan Myanmar yang menunjukkan prestasi memberangsangkan pada kempen kali ini.

Vietnam akan bertemu naib juara Kumpulan C iaitu Indonesia, sementara Myanmar selaku juara Kumpulan C akan bertemu India. – BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Piala Dunia Sepak Takraw : Malaysia Tewaskan China Acara Regu

2

Ekonomi 2 bulan yang lalu

Kedah Mahu Bina LRT Di Langkawi

3

Filem & TV 4 bulan yang lalu

7 Program Korea Selatan Mendebarkan Di Disney+ Hotstar 

4

Sukan 4 bulan yang lalu

Kemenangan Korea Selatan Ke Atas Australia Bukan Balas Dendam - Son

Sorotan

1

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

2

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

3

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

4

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

5

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lamborghini Terbakar Di Karak, Seorang Maut

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Bas Genting Highlands: Pemandu Direman 4 Hari

Semasa 19 jam yang lalu

Semua Lepasan SPM Dapat 10 A Ke Atas Berpeluang Ke Matrikulasi - PM

Semasa 1 hari yang lalu

LHDN Negeri Diharap Tingkatkan Kutipan Hasil, Elakkan Ketirisan - PM