web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tuan Rumah China Bertemu Indonesia Pada Final Piala Uber

Sukan Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2024 8:37AM

Gambar - BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CHENGDU - Tuan rumah China akan bertemu Indonesia bagi menentukan Juara Piala Uber selepas menewaskan Jepun 3-0 dalam aksi separuh akhir pada salbtu, lapor Xinhua.

Juara Olimpik Chen Yufei menundukkan Aya Chori 21-18, 21-15 sebelum beregu nombor satu dunia Chen Qingchen and Jia Yifan menjadikan kedudukan 2-0 selepas bangkit daripada ketinggalan dengan mengalahkan Nami Matsuyama dan Chiharu Shida 14-21, 21-13, 23-21.

He Bingjiao kemudian memastikan slot ke final untuk China dengan mengalahkan Nozomi Okuhara 21-8, 21-18.

Beraksi di gelanggang sendiri buat julung kali sejak 2016, China yang merupakan pemegang rekod sebagai juara sebanyak 15 kali dalam sejarah kejohanan menyasarkan untuk merebut kembali gelaran itu selepas tewas kepada Korea Selatan dua tahun lepas.

Pada Sabtu, Indonesia menyingkirkan juara bertahan Korea Selatan 3-2 dengan memenangi kesemua perlawanan perseorangan untuk mara ke final buat julung kalinya sejak 2008.

"Ini adalah separuh akhir pertama kami dalam tempoh 14 tahun, jadi memenangi perlawanan ini amat bermakna bagi kami," kata Gregoria Mariska Tunjung yang mendapatkan mata pertama Indonesia dengan kemenangan 21-15, 21-13 ke atas Sim Yu-jin.

"Impian saya sejak kecil ialah untuk memenangi Piala Uber," kata bintang yang sedang meningkat naik itu.

Dalam aksi beregu pertama Baek Ha-na dan Lee So-hee menyamakan kedudukan dengan menewaskan Apriyani Rahayu dan Siti Fadia Silva Ramadhanti 21-6, 21-18.

Indonesia kembali mendahului selepas Ester Nurumi Tri Wardoyo menundukkan Kim Ga-ram 20-22, 21-16, 21-12, sebelum Jeong Na-eun and Kong Hee-yong menyamakan kembali kedudukan dengan mengatasi beregu kedua Indonesia Lanny Tria Mayasari dan Ribka Sugiarto 21-15, 21-14.

Dalam aksi penentuan perseorangan ketiga, Komang Ayu Cahya Dewi yang ketinggalan dalam set pertama bangkit menundukkan Kim Min-sun 17-21, 21-16 dan 21-19, bagi mengesahkan tiket ke final untuk Indonesia.

Kejohanan dwitahunan Piala Uber ke-30 berlangsung di Chengdu, Wilayah Sichuan barat daya China dengan aksi final dijadualkan hari ini. - BERNAMA-XINHUA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

2 Warga China Maut, 19 Selamat Bas Persiaran Terbalik Di Genting Highlands

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Agong Berkenan Terima Menghadap PM China Li Qiang

3

Semasa 1 minggu yang lalu

China Sedia Kerjasama Dengan Malaysia, Bina Komuniti China-Malaysia - Li Qiang

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Skuad Piala Uber Malaysia Pulang Awal

Sorotan

1

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

2

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

3

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

4

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

5

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Penganggur Didakwa Bunuh Isteri

Sukan 9 jam yang lalu

Negeri Sembilan FC Sahkan Pemain Import Mika Junco Jadi Mangsa Ragut

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Giat Siasat Penyebaran Gambar Didakwa Zayn Rayyan 

Semasa 1 hari yang lalu

Lamborghini Terbakar Di Karak, Seorang Maut

oleh Diyana Nawwar