web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia Tundukkan Thailand, Muncul Juara Acara Regu

Sukan Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2024 8:24AM

Trio negara malam tadi membuktikan sudah tiba masanya Malaysia kembali digeruni. – Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Skuad kebangsaan berhasil menamatkan penguasaar gergasi sepak takraw, Thailand selepas menundukkan pasukan itu 2-0 pada final acara rec divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Stadium Titiwangsa di sini malam tadi.

Trio negara diketuai Farhan Adam (apit kiri), Mohammad Syahir Mohd Rosdi (tekong) dan Mohamad Azlan Alias (apit kanan) membuktikan sudah tiba masanya Malaysia kembali digeruni selepas mendominasi sebahagian besar permainan selama sejam menewaskan musuh tradisi yang juga juara bertahan itu, 15-8 dan 15-12.

Kemenangan dilakar itu sekali gus menebus kekecewaan Malaysia pada edisi Piala Dunia 2022 di Korea Selatan yang menyaksikan skuad negara tewas di perlawanan akhir kepada Thailand.

Pada set pertama, Malaysia memulakan perlawanan cukup cemerlang dengan sebahagian besar servis dijana sempurna hingga memaksa Thailand akur dengan keampuhan skuad negara.

Thailand diketuai Poramet Siriswat (apit kiri), Sittipong Khamchan (tekong) dan Varayut Jantarasena (apit kanan) terdesak untuk menang selepas ketinggalan 5-11, membawa masuk tekong berpengalaman mereka Siriwat Sakha bagi mendapatkan mata daripada servis namun ia tidak mengubah keadaan.

Thailand yang memerlukan kemenangan di set kedua menggunakan pelbagai taktikal dengan harapan boleh mengheret perlawanan ke set penentuan, namun kemasukan Muhammad Haziq Hairul Nizam membantu skuad negara mendapatkan mata melalui servisnya sekali gus mengesahkan kemenangan dengan bergaya.

Sementara itu, Farhan ketika ditemui selepas perlawanan tersebut menyifatkan kemenangan yang sudah lama diidam-idamkan negara itu adalah hasil daripada semangat berpasukan.

"Kemenangan malam ini bagi acara double dan regu merupakan kenangan paling manis dalam karier saya. Menentang musuh tradisi Thailand bukan sesuatu yang mudah kerana kita selalu kalah dengan mereka," katanya.

la merupakan kemenangan berganda skuad negara apabila turut mencipta sejarah menundukkan negara dengan julukan Gajah Putih itu dalam aksi final acara double dengan keputusan 2-0 (17-16, 15-13) yang turut berlangsung malam tadi. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 bulan yang lalu

Penantian 33 Tahun Terus Berpanjangan, Malaysia Tewas 1-2 Di Tangan Thailand

2

Sukan 3 bulan yang lalu

Malaysia, Thailand Buat Perhitungan Di Final Double, Regu

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Pasukan MALBATT Selamat, Kenderaan Rosak Diserang Orang Awam Lubnan

Semasa 1 hari yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000