web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Yakin Bergaya Kala Kembali Kerja Di Pejabat

Setelah hampir tiga bulan (atau mungkin lebih), anda bekerja secara maya, kini sudah tiba masanya untuk kembali kerja di pejabat dan berikan aura 'baru' dalam gaya anda.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2021 8:58AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hari pertama kembali bekerja di pejabat sudah tentu anda akan merasa teruja. Tetapi mungkin ada sedikit gementar.

Yalah mana tidaknya, setelah hampir tiga bulan (atau mungkin lebih), anda bekerja secara maya, kini sudah tiba masanya untuk kembali kerja di pejabat dan berikan aura 'baru' dalam gaya anda. 

Walaupun ianya nampak remeh, jangan ketepikan mood anda untuk memilih pakaian yang akan membuat anda merasa lebih yakin.

Pernahkah anda mendengar ungkapan "Tempat kerja bukan pertunjukan fesyen"? Walaupun sentimen ini secara teknikal mungkin benar, kadang-kadang tidak selalu tepat.

Bagi kebanyakan orang, terutama staf wanita, ada tekanan yang berterusan untuk kelihatan menarik semasa di pejabat agar kelihatan lebih bergaya berbanding orang lain. 

Tekanan ini membuatkan mereka menyusun pakaian untuk dipakai setiap hari.

Ada juga antara mereka mengambil masa yang lama duduk di hadapan gerobok pakaian semata-mata untuk memilih padanan yang sesuai untuk digayakan, ianya mungkin menjadi tugasan yang sangat menegangkan malah mungkin mengecewakan mereka.

Semua orang ingin kelihatan menarik di tempat kerja. Namun, menjadi menarik bukanlah soal penampilan sahaja.

Sama ada anda sedang mencari inspirasi atau idea baru untuk tampil bergaya ke pejabat, serta untuk kembalikan mood persekitaran kerja anda, berikut adalah beberapa panduan umum untuk berpakaian dengan yakin pada hari pertama kembali bekerja:

 

Pilih pakaian lebih awal

Sekiranya anda merancang lebih awal dan memutuskan apa yang anda mahu pakai pada waktu malam sebelum ke pejabat, anda mampu merancang pakaian yang lebih baik.

Bergegas memilih pakaian pada waktu pagi boleh membuatkan anda kelihatan seperti anda tersalah pilih padanan dan janggal.

 

Pakai pakaian yang buat anda rasa selesa

Anda tidak perlu memilih jenama untuk kelihatan bergaya, cubalah cari sesuatu yang buat anda rasa anda kelihatan cantik. Sekiranya anda merasa selesa dengan pakaian tersebut, anda mungkin juga kelihatan cantik!

Setiap orang mempunyai cita rasa berbeza dan anda harus berpegang pada cita rasa anda. Oleh itu, cuba elakkan kelihatan terlalu ranggi dan terlalu mencuba.

Ingatlah, jika ingin bereksperimentasi, beberapa pakar fesyen mengatakan bahawa anda tidak boleh memakai pakaian dengan lebih dari tiga warna.

Pemilihan material pada pakaian juga penting, elakkan memilih fabrik yang terlalu jarang dan tidak terlalu tebal. Manakala dari segi pemilihan corak pada pakaian, seharusnya minimal sahaja.

Yang paling penting, pakaian anda mampu membuat anda merasa selesa sepanjang anda berada di pejabat.

 

Ikuti trend fesyen terkini

Sekiranya anda memakai pakaian mengikut trend terkini maka anda adalah seorang pengikut trend fesyen. Personaliti anda ini mampu membuat anda kelihatan lebih menarik berbanding rakan-rakan anda.

Tapi awas, jangan sampai anda menjadi mangsa fesyen kerana terlalu obses untuk selalu kelihatan trendy. Yang penting jadikan trend semasa sebagai inspirasi dalam gaya pemakaian anda.

 

Solekan simple dan bersahaja

Oleskanlah sedikit mekap pada wajah anda. Ia mampu membuat anda rasa dan kelihatan lebih gembira dan yakin. Tidak perlu mekap yang tebal, cukup sekadar basic sahaja.

Terdapat banyak tutorial solekan natural di YouTube, anda boleh belajar dengan cepat dan mudah. Kit mekap yang wajib anda ada adalah krim BB/ CC, bedak kompak, maskara, pemerah pipi, celak dan gincu. 

 

Pakai minyak wangi

Terdapat banyak minyak wangi di pasaran, pilihlah satu yang mempunyai haruman paling cocok buat anda. Jangan semburkan terlalu banyak.

Jika anda dapat mencium baunya sendiri semasa anda berjalan-jalan maka itu mungkin petanda buruk.

Cukup sekadar pakai sehingga anda mempunyai aroma khas anda dan rakan anda selesa berada di sisi anda. - Getaran, 9 Oktober 2021

Semua gambar hiasan: Unsplash

Isu Pada

Ummi Nazeera: Tak Pernah Berhenti

09 Oct 2021

Berita Berkaitan

1

Gaya 8 jam yang lalu

Kek Secret Recipe Diterjemah Menjadi Busana Melayu Tradisional

2

Gaya 6 hari yang lalu

Trove, The Exchange TRX Untuk Kembara Deria Serba Mewah

3

Gaya 1 minggu yang lalu

ZCOVA Pilih IOI City Mall, Putrajaya Sebagai Lokasi Pertama Stor Fizikal 

4

Gaya 1 minggu yang lalu

Dapatkan Rambut Sihat Bersinar Dengan Koleksi Penjagaan Rambut Premium Jepun 

Sorotan

1

Terbuka Singapura: Jun Hao Lakar Kejutan Singkir Juara Bertahan Ginting

2

Aaron-Wooi Yik 'Mandi Peluh' Sebelum Ke Pusingan Kedua Terbuka Singapura

3

Mohamad Husaini, Nor Hidayah Johan Tilawah Al-Quran

4

Declan Tawar 'Versatil' Kepada Pan Gon

5

Tarikh Lihat Anak Bulan Zulhijjah Pada 7 Jun

6

Malaysia Kecam Serangan Berterusan Israel Ke Atas Gaza