web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Terbuka Singapura: Jun Hao Lakar Kejutan Singkir Juara Bertahan Ginting

Sukan Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2024 9:09AM

Leong Jun Hao - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -Pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao melakar kejutan terbesar japabila menumbangkan juara bertahan Anthony Sinisuka Ginting dari Indonesia pada pusingan kedua Terbuka Singapura semalam.

Jun Hao, pemain nombor 36 dunia, menewaskan pemain nombor tujuh dunia dan juara dua kali (2022, 2023) 14-21, 21-10, 21-8 selepas pertarungan sengit selama sejam di Stadium Tertutup Singapura untuk mara ke suku akhir hari ini.

Sebagai rekod, ini adalah kemenangan sulung Jun Hao ke atas Ginting selepas tewas dalam kedua-dua pertemuan sebelum ini - Terbuka Hong Kong 2023 dan Terbuka India 2024.

Bagaimanapun, ujian yang lebih besar menantinya di peringkat lapan terakhir kerana Jun Hao akan menentang juara Masters Malaysia yang juga pemain nombor satu dunia dan pemenang pingat emas Olimpik dari Denmark, Viktor Axelsen.

Axelsen menamatkan kemarau kejuaraan selama enam bulan dengan memenangi Masters Malaysia hujung minggu lalu, menewaskan Lin Chun Yi dari Taiwan 21-16, 14-21, 21-16 pada pusingan kedua semalam sambil mengintai gelaran Terbuka Singapura yang pertama.

Jun Hao, 24, sebelum ini mengejutkan pemain nombor 28 dunia dari Jepun, Kanta Tsuneyama pada pusingan pertama manakala Ginting memperoleh kemenangan percuma susulan penarikan diri pemain profesional negara Lee Zil Jia susulan kecederaan hamstring dialaminya.

Beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mengikut jejak Jun Hao apabila menyingkirkan juara bertahan, Mathias Christiansen-Alexandra Boje dari Denmark 21-17, 21-18 untuk mara ke suku akhir.

Tang Jie-Ee Wei juga berdepan tugas sukar dalam pusingan lapan terakhir apabila berdepan bakal beregu Sukan Olimpik Paris 2024 dari Korea Selatan, Seo Seung Jae-Chae Yu Jung, yang menyingkirkan pasangan Jepun Jepun Yuki Kaneko-Misaki Matsutomo 21-19, 18- 21, 21-16.

Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie yang meraih hadiah perkahwinan apabila menjuarai saingan Masters Malaysia Ahad lalu menarik diri kerana kecederaan ketika ketinggalan 2-20, 11-21, 1-11 kepada juara dunia tiga kali Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong.

Pasangan pilihan utama China itu akan menentang rakan senegara Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin di suku akhir hari ini. 

Dalam acara beregu lelaki, wakil negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani menewaskan pasangan China Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi 21-13, 21-16 dan akan membuat pehitungan dengan satu lagi pasangan China, He Ji Ting-Ren Xiang Yu bagi merebut slot suku akhir.

Sementara itu, juara dunia beregu lelaki 2022 Aaron Chia-Soh Wooi Yik meneruskan kemaraan ke suku akhir apabila menewaskan pemenang pingat emas Olimpik Tokyo 2020, Lee Yang-Wang Chi Lin dari Taiwan 21-18, 21-23, 21-17 di pusingan kedua.

Dalam perebutan slot separuh akhir hari ini, beregu nombor lima dunia itu akan menentang pasangan Denmark Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmusse, yang menewaskan wakil negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun 21-10, 20-22, 21-19.

Dalam pada itu, beregu campuran profesional negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing ditunjukkan jalan keluar oleh gandingan Belanda, Robin Tabeling-Selena Piek 18-21, 21-18, 10-21. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 hari yang lalu

Perak Catat Kemenangan Pertama Di Laman Sendiri, Sabah Tumbang Di Selayang

2

Sukan 1 bulan yang lalu

‘Jaga Nama Baik Negara, Jangan Heret Insiden Sukan Jadi Isu Peribadi’ - Shah Firdaus

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Bonjour! Paris: Perasmian Sukan Olimpik 2024 Unik Dan Luar Biasa

4

Sukan 2 bulan yang lalu

4 Negara Sah Berentap Untuk Pestabola Merdeka 2024

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi