web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kereta Baru? 5 Perkara Setiap Pemandu Milenial Wajib Tahu

Ikuti tip pemilihan insuran ini untuk mereka yang baru sahaja memiliki kereta pertama.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2021 9:40AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebilangan besar golongan milenial di Malaysia menyimpan hasrat untuk memiliki kenderaan mereka sendiri suatu hari nanti. 

Sementara terdapat banyak faktor yang perlu difikirkan sebelum memilih kereta yang tepat, tak ramai yang benar-benar melakukan penyelidikan tentang insuran yang paling sesuai bagi memenuhi keperluan dan anggaran bajet mereka. 

Sebenarnya, memilih pelan insuran yang betul sama pentingnya dengan memilih kenderaan.

Kadang-kadang, golongan milenial lebih cenderung memandang rendah kepentingan memilih insuran yang tepat, sehinggalah sesuatu perkara yang tidak diingini terjadi. Pada saat itu, selalunya sudah terlambat. Bahkan, urusan susulan pun bakal menjadi mahal. 

Bertambah parah, ramai antara mereka yang tidak memahami pun isi kandungan insuran mereka sendiri. Itulah sebabnya, pemilihan dan penyelidikan insuran amat penting! 

Dengan mengambil beberapa langkah proaktif ini – baik pemandu baru mahupun lama - bukan sahaja dapat menjimatkan wang (dengan memilih insuran yang betul), malah dapat memastikan mereka benar-benar dilindungi. 

Berikut lima tip mudah yang perlu diperhatikan golongan milenial dalam memilih insuran untuk kereta pertama mereka dengan tepat:

1 - Tanya ejen, bukan Google!

Hari ini, Google adalah jawapan untuk hampir semua perkara. Namun, kita harus tahu ada sesetengah perkara memerlukan bantuan pakarnya. Setelah anda memiliki idea dan gambaran tentang syarikat insuran atau polisi yang sesuai dengan keperluan anda, berundinglah secara terus dengan ejen insuran yang boleh dipercayai. Ejen yang handal dan jujur akan membantu anda meneroka lebih banyak pilihan insuran yang anda perlukan.

2 – Jangan lokek

Sebilangan besar milenial khuatir dengan kos insuran. Mereka cenderung memilih yang murah. Namun, ada cara yang lebih baik untuk mendapatkan insuran dengan harga yang berpatutan, tanpa perlu berkompromi dengan keperluan keselamatan anda. 

Sebenarnya, biaya insuran mungkin lebih rendah daripada apa yang anda sangkakan. Cari syarikat insuran yang menawarkan aneka promosi dan pakej insuran. Ganjarannya, anda layak dilindungi dengan sejumlah wang yang mencukupi dan memuaskan di hari muka. 

3 – Insuran tambahan? Apa yang perlu ada

Tahukah anda, musim tengkujuh terjadi setiap hujung tahun di Malaysia? Dengan lebihan air hujan, banjir kilat boleh berlaku dalam sekelip mata, terutamanya di pusat bandar Kuala Lumpur. Ia memusnahkan harta benda, termasuk kereta. Tiada yang kebal dari banjir! 

Namun ramai rakyat Malaysia percaya mereka tidak terdedah dengan risiko ini dan memilih untuk tidak mengambil insuran bencana untuk kenderaan mereka. Walaupun ia tidak termasuk dalam pelan insuran asas, insuran tambahan bagi perlindungan banjir ini sangat penting. Kos pembaikan sebuah kereta akibat banjir boleh mencecah hingga RM50,000! 

Sediakan payung sebelum hujan, insuran tambahan lain yang turut boleh dipertimbangkan adalah seperti insuran tempat duduk kanak-kanak, insuran keguguran (untuk ibu mengandung), insuran cermin kereta dan insuran peribadi seperti perlindungan kemalangan dan perubatan. 

4 – Nikmati ketenangan jiwa dengan liputan mencukupi

Bak kata pepatah, “Mencegah lebih baik daripada merawat”. Bagi menikmati ketenangan hati semasa anda memandu di jalan raya, sangat penting untuk memastikan kenderaan anda itu dilindungi perlindungan insuran yang seutuhnya kerana setiap polisi insuran mempengaruhi jumlah tuntutan apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini nanti. Sangat penting untuk anda mengetahui kadar nilai tuntutan, faedah dan liputan oleh insuran anda.

5 – Tempoh tuntutan yang pantas

Tiada siapa yang mahu dibiarkan menunggu dalam ‘kegelapan’ selama berminggu-minggu atau berbulan-bulan, semata-mata untuk tuntutan insuran mereka diluluskan. Terpaksa ke sana dan ke mari untuk tujuan tuntutan sahaja sudah melelahkan, apalagi selepas anda baru sahaja terlibat dalam kemalangan. Oleh itu, jadilah pemandu yang bijak. Pilih insuran yang benar-benar menjamin keselamatan dan kesenangan anda, sebelum dan selepas. 

Makanya, bagi memastikan ketenangan fikiran dan keselamatan anda ketika memandu, pilihlah pelan insuran yang tepat, yang benar-benar berbaloi dan menjamin masa hadapan. Jangan gopoh. Berhati-hati dalam merancang insuran untuk kereta pertama anda. 

Sebagai permulaan, kami sarankan pakej insuran Private Car EZY Plus Bundle dari Liberty Insurance. Dilancarkan pada Februari 2021, pakej baru ini direka khas secara eksklusif untuk keperluan golongan milenial. Ia turut menawarkan perkhidmatan tunda (towing) tanpa had dan liputan kemalangan. 

Layari Liberty Insurance untuk maklumat lanjut. – Getaran, 27 Februari 2021

Semua gambar: LIBERTY INSURANCE

Isu Pada

Syahir Rosdi

27 Feb 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Kantoi Buat Laporan Polis Palsu Hanya Semata-mata Mahu Tuntut Insurans

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kajian Impak Inisiatif Payung Rahmah Dilakukan Jun Ini - Salahuddin

3

TARA 1 tahun yang lalu

Nissan Akan Jual Kilang Selepas Memilih Untuk Keluar Dari Pasaran Rusia

4

Refleksi 1 tahun yang lalu

Pelan Perlindungan Kesihatan Mental Bantu Tangani Isu Kesihatan Mental Pekerja 

Sorotan

1

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

2

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

3

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

4

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

5

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR