Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan lima tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur!

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2021 5:52PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

'Ratched' (Netflix)

Drama thriller tulisan semula Evan Romansky, dikembangkan oleh pengarah terkenal Ryan Murphy ini menyoroti kisah Nurse Mildred Ratched, watak antagonis dari novel klasik bertajuk One Flew Over the Cuckoo’s Nest nukilan Ken Kesey.

Sarah Paulson memegang watak utama, Nurse Ratched. Drama kejam yang penuh dengan tipu daya dan muslihat ini mengambil tempat di era 1940-an semasa Nurse Ratched tiba di pekan terpencil di Lucia, California untuk mencari pekerjaan di sebuah hospital sakit mental.

Secara kebetulan, seorang pembunuh bersiri yang menggemparkan seluruh Amerika Syarikat kerana membunuh sekumpulan paderi secara kejam turut ditempatkan di hospital ini. Ia sekali gus menjadikan hospital ini sebagai tumpuan utama media seluruh negara.

Hospital ini juga mempunyai rahsia gelap yang lain seperti eksperimen haram terhadap pesakit-pesakit mentalnya. Di misi yang lain, Nurse Ratched juga turut mempunyai tujuan yang lain untuk bekerja di hospital ini.

Apakah misi Nurse Ratched itu? Adakah ia mempunyai hubung kait dengan pembunuh bersiri kejam tersebut? Apakah pula eksperimen-eksperimen haram yang dijalankan oleh pihak hospital? Sama-sama kita tonton di Netflix! - Zaidi Che

 

Ringgit Kasorrga (Mubi)

Minggu ini kami cadangkan anda untuk menonton salah satu karya terhebat sutradara dan penerbit tersohor negara Datuk Paduka Shuhaimi Baba. 

Filem berjudul Ringgit Kasorrga ini merupakan sebuah filem yang pernah memenangi pelbagai anugerah berkat lakonan, jalan cerita dan seni visualnya pada awal tahun 90-an dahulu. 

Ia mengisahkan seorang gadis bernama Nina yang mendapat tahu secara tidak sengaja bahawa dia bekerja di sebuah agensi peragaan tersohor yang juga menawarkan perkhidmatan pelacuran kelas atasan kepada golongan VIP. 

Nina yang semestinya tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh syarikat itu cuba mendedahkan segala tipu muslihat yang berlaku namun menghadapi pelbagai halangan. 

Diterajui nama-nama terbesar dunia lakonan Malaysia seperti Deanna Yusoff, Hans Isaac dan juga Tiara Jacquelina (yang telah menggondol Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia untuk wataknya dalam filem ini), karya ini pasti masih boleh dihargai generasi masa kini. 

Lebih menarik, menurut pengarahnya Datuk Paduka Shuhaimi Baba, beberapa babak kontroversi di dalam filem ini adalah berdasarkan kisah benar yang berlaku dalam dunia hiburan Malaysia ketika itu. Mesti tonton, hanya di Mubi. - Shah Shamshiri   

 

Red Notice (Netflix)

Sekitar 2,000 tahun lalu, Cleopatra menerima tiga biji telur perhiasan daripada Marc Anthony sebagai hadiah perkahwinan.

Seiring zaman, kesemua telur itu hilang, namun dua daripadanya berjaya ditemui semula seorang petani seribu tahun kemudian.

Telur tunggal yang masih hilang itu kemudiannya menjadi buruan pencuri artifak seni tersohor, Nolan Booth.

Apabila pencuri artifak seni tersohor tumpas di tangan ejen FBI, apakah yang bakal berlaku?

Nolan Booth tidak menyangka, kelicikannya dapat dihidu ejen John Hartley yang mampu mengikuti setiap helah diberikan, menyebabkan dia akhirnya tidak mempunyai pilihan, selain bekerjasama dengan Hartley bagi membanteras musuh tradisinya, The Bishop.

Operasi Hartley dan Booth menjejak The Bishop yang sering setapak lebih maju daripada mereka adalah intipati utama filem ini.

Pelbagai aksi; lucu, cemas, ngeri diadun sempurna menjadikan filem ini amat menghiburkan.

Jangan berganjak dari plot twist di hujung cerita, yang pasti membuatkan anda menjerit terkejut! - Sophia Ahmad

 

Security (Netflix)

Filem Itali yang diarahkan oleh diarahkan Peter Chelsom sesuai untuk tontonan penggemar filem thriller dan misteri. Diterajuri oleh Marco D’Amore dan Maya Sansa, penonton dibawa mengembara ke bandar tepian pantai Forte Der Marmi yang popular di kalangan pelancong kelas atasan.

Di sebalik keindahannya, tersembunyi kisah hitam yang cuba disembunyikan daripada pengetahuan ramai. Plot cerita dimulakan dengan suara latar yang menceritakan tentang betapa hebat dan indahnya destinasi percutian ini. 

Namun, satu insiden di musim sejuk telah membuatkan penduduk bandar ini atau lebih tepat lagi golongan berpengaruh ketakutan dan berantakan.

Satu serangan seksual membabitkan seorang remaja perempuan telah berlaku dan pihak keselamatan menghadapi kesukaran untuk menjejak pesalah kerana ia melibatkan individu berpengaruh. 

Perjalanan plot filem ini mengumpan penonton untuk terus mengikutinya hingga ke penghujung. Keterujaan semakin hebat apabila satu demi satu misteri terungkap. - Rahayu MN

 

'Let Me Be Your Knight' (iQiyi)

Bagi peminat siri Korea yang meminati genre cinta dan komedi, saksikan ‘Let Me Be Your Knight’ yang dibintangi Jung In-sun, Lee Jun-young, bekas ahli kumpulan Wanna One, Yoon Ji-sung, ahli NU’EST, Kim Jong-hyun (JR), ahli AB6IX, Kim Dong-hyun dan Jang Dong-joo.

Ia mengisahkan tentang kehidupan lima ahli band bersama seorang doktor palsu yang dibintangi by Jung In-sun (Yoon-joo).

Yoon-joo yang juga seorang pemandu pelancong telah diminta untuk menjadi doktor oleh Lee Jun-young, seorang artis terkenal yang menghidapi penyakit tidur sambil berjalan.

Yoon-joo terpaksa berpura-pura menjadi doktor dan akhirnya terpaksa tinggal di dorm Luna yang didiami kelima-lima ahli band tersebut.

Pelbagai perkara yang terpaksa dilalui Yoon-joo sewaktu berhadapan dengan mereka. ‘Let Me Be Your Knight’ ditayangkan di iQiyi. - Ellyna Ali - Getaran, 20 November 2021

Isu Pada

Gemilang Seni Iman Troye

20 Nov 2021

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 minggu yang lalu

Queen Of Tears Pecah Rekod Tontonan tvN

2

Filem & TV 4 minggu yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 1 bulan yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 2 bulan yang lalu

Netflix Dedahkan 100 Peserta Physical: 100 Season 2 : Underground 

Sorotan

1

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

4

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

5

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

6

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik