web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Iman Dan Teknologi, Merapatkan Jurang Kepercayaan

Menjawab pertuduhan aplikasi Muslim Pro menjual data kepada tentera Amerika Syarikat.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2022 8:55AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Terdapat lebih 1.9 bilion umat Islam bertebaran di seluruh dunia. Islam dianggap sebagai agama paling pesat berkembang.

Perkembangan ini membuatkan aplikasi seperti Muslim Pro dibangunkan, dengan tujuan utama untuk memastikan waktu solat yang tepat untuk masyarakat Islam, di mana pun mereka berada.

Teknologi dan agama akan selalu saling berkait rapat. Bermula sebagai aplikasi doa dan waktu solat, kini telah bertukar menjadi sesuatu yang lebih besar dan bermanfaat.

Malah, ia kini telah membuka jalan kepada pencipta kandungan untuk memperkenalkan kandungan keagamaan yang memberi inspirasi serta menyuburkan kerohanian pengguna.

Bermula secara sederhana di Singapura, Muslim Pro telah dimuat turun lebih 120 juta pengguna dari 190 buah negara dan membantu umat Islam untuk beribadah di mana jua mereka berada.

Tangkapan layar laman MuslimPro.com
Tangkapan layar laman MuslimPro.com

Bitsmedia selaku penerbit aplikasi Muslim Pro sentiasa bersemangat untuk mencipta ciri inovatif bagi meningkatkan mutu untuk pengguna. Namun, perjalanan aplikasi ini tetap menghadapi dugaan.

Seperti kebanyakan aplikasi lain, wabak COVID-19 telah mempercepatkan usaha transformasi digital apabila pengguna semakin memilih menggunakan teknologi untuk aktiviti harian mereka.

Semasa awal pandemik, terdapat peningkatan yang mendadak dalam penggunaan aplikasi Muslim Pro iaitu lebih 11 juta pengguna aktif.

Namun, ini bukanlah satu trend yang mengejutkan. Dalam keadaan dunia yang tidak menentu, ramai orang kembali kepada agama masing-masing bagi memperoleh ketenangan dan kekuatan.

Ditambah lagi dengan larangan seperti penutupan masjid dan ceramah yang menyebabkan ramai beralih kepada teknologi seperti sesi persidangan video atau aplikasi seperti Muslim Pro ini.

Ketua Pegawai Kewangan dan Pengurus Muslim Pro (Malaysia), Nik Emir Din berkata, “Kami sangat bangga dapat memainkan peranan dalam memudahkan komuniti Islam.

Ketua Pegawai Kewangan dan Pengurus Muslim Pro (Malaysia), Nik Emir Din
Ketua Pegawai Kewangan dan Pengurus Muslim Pro (Malaysia), Nik Emir Din

“Kami menerima jutaan cabaran setiap hari dalam memberikan perkhidmatan demi memastikan aplikasi Muslim Pro ini berjalan dengan lancar.

“Namun, semakin jenama ini berkembang, begitu juga dengan tanggungjawab kami. Sebagai aplikasi Muslim terbesar di dunia, kami memahami keperluan pengguna.

“Untuk mereka berasa selamat semasa menggunakan aplikasi, kami perlu memastikan data mereka dilindungi dan pengguna bebas untuk melindungi hak peribadi mereka.

“Oleh itu, apabila Muslim Pro dikaitkan dengan syarikat yang didakwa menjual data kepada tentera Amerika Syarikat, kami memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa tempatan.

“Ia bertujuan bagi memudahkan penyiasatan tadbir urus data kami. 

“Kami akan terus memastikan pematuhan ketat terhadap piawaian keselamatan bagi memastikan integriti ke atas data pengguna kami. Ia tanggungjawab kami,” jelasnya.

 

Isu keselamatan data dan privasi

Pada era globalisasi ini, aplikasi mudah alih sememangnya menjadikan dunia sentiasa berjalan. Kita bergantung kepada aplikasi untuk berkomunikasi, membeli-belah, bermain dan juga berdoa.

Kajian mendapati purata seorang pengguna telefon pintar mempunyai lebih kurang 40 aplikasi di telefon pintar mereka. 87% pengguna menghabiskan masa menggunakan aplikasi mudah alih.

Pun begitu, kemajuan teknologi ini juga mempunyai risiko dan potensi ancaman keselamatan. Keselamatan data dan privasi kini menjadi tumpuan bagi kebanyakan syarikat teknologi. 

Tangkapan layar laman MuslimPro.com
Tangkapan layar laman MuslimPro.com

“Apple, misalnya memperkenalkan tetingkap tambahan untuk pengguna iPhone yang meminta kebenaran pengguna untuk dijejaki secara maya oleh aplikasi-aplikasi yang berbeza.

“Google turut menggariskan rancangan untuk menyingkirkan teknologi penjejakan asing dari pihak ketiga di pelayar webnya. 

“Facebook pula sedang mengusahakan kaedah baharu dalam memaparkan iklan tanpa bergantung pada data peribadi jutaan penggunanya.

“Begitu juga dengan Muslim Pro. Ciri-ciri asas aplikasi Muslim Pro boleh digunakan tanpa mendaftar masuk. Ini bermakna tiada data untuk diproses.

“Muslim Pro juga menggunakan langkah keselamatan standard industri bagi memastikan data pengguna selamat dan terjamin.

“Selain itu, Muslim Pro komited terhadap audit bebas bagi memastikan aplikasi ini bertanggungjawab. Ia bagi memastikan tahap perlindungan keselamatan yang tinggi,” jelas Nik. 

 

Wajah Baharu Muslim Pro 

Membina aplikasi yang berjaya bukan setakat membina nama. Ia adalah tentang inovasi dalam memperkenalkan ciri dan penambahbaikan yang bermanfaat untuk pengguna.

Industri aplikasi mudah alih sangat berdaya saing. Ia penting bagi mana-mana syarikat teknologi mengekalkan pengalaman pengguna sebagai tumpuan utama.

“Dalam kes Muslim Pro, aplikasi kami bertujuan untuk membantu menambahkan keimanan pengguna kami. Kami secara peribadi sangat teruja untuk memperkenalkan ‘Streak Rewards’.

“Kami menggalakkan masyarakat Islam di seluruh dunia untuk memulakan rutin harian mereka dengan menjejaki ibadah mereka.

Tangkapan layar laman MuslimPro.com
Tangkapan layar laman MuslimPro.com

“Dengan mendaftar masuk ke Muslim Pro secara berturut-turut untuk menyemak waktu solat, mencari kiblat atau membaca al-Quran, mereka akan mendapat ganjaran,” ujar Nik.

Tambah Nik, Muslim Pro baru-baru ini melabur lebih banyak ke dalam kandungan komuniti. 

Ini berdasarkan pemerhatian umat Islam global sangat jarang diwakili media antarabangsa, di mana mereka sering digambarkan dalam stereotaip negatif.

“Sebagai seorang Muslim, saya sentiasa kecewa dengan generalisasi watak Muslim yang digambarkan dalam media. 

“Ia bukanlah gambaran yang tepat tentang kepelbagaian budaya dan identiti masyarakat Islam global yang majmuk.

“Oleh itu, kami berharap ia dapat merapatkan jurang ini, di samping mempelawa orang bukan Islam untuk menerokai dunia kita.

“Kami turut melabur dalam memperbanyakkan artikel dan video yang mengandungi pelbagai topik seperti isu kesihatan mental, seni Islam dan bimbingan rohani.

“Pada pendapat peribadi saya, ia cara ideal untuk memperbaiki kehidupan pengguna, khususnya umat Islam. 

“Kami berbesar hati untuk merapatkan jurang antara kepercayaan dengan teknologi dalam kalangan masyarakat Islam di seluruh dunia. 

“Semuanya ada di Muslim Pro dan banyak lagi perkara yang mahu dan boleh kami lakukan. Muslim Pro baharu sahaja bermula!” akhirinya. - Getaran, 13 Mac 2022

Isu Pada

NFT, Seni Atau ‘Scam’? Bersama Ghazi Maslan

12 Mar 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Penubuhan Institusi Pendidikan Islam Perlu Ikut Prosedur – Tengku Mahkota Pahang

2

Video & Galeri 10 bulan yang lalu

Derita Palestin Bawa Hikmah, Syiar Islam Berkembang Megah

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Konsep DNAA Diamalkan Dalam Undang-Undang Prosedur Jenayah, Syariah

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Perancis Akan Haramkan Pakaian Abaya Di Sekolah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara