web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Misteri Kehilangan Zalina Azman, Ini Ramalan Diva AA- Azwan Ali 

Azwan Ali bagaimanapun tidak menafikan bahawa Zalina Azman adalah antara personaliti TV yang menjadi buruan VVIP ketika zaman kemuncaknya. 

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2022 8:03PM

Azwan Ali percaya Zalina Azman masih wujud dan sedang bersembunyi. - Gambar oleh Syeda Imran

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sudah memasuki lapan bulan, namun hingga saat, kehilangan personaliti TV dan bekas penyampai berita TV3, Zalina Azman, yang penuh misteri itu masih belum berjaya lagi dirungkai. 

Sebagai seorang bekas rakan setugas yang pernah berkhidmat di TV3, Diva AA, Azwan Ali  mengakui kehilangan Zalina turut memberikan kesan kepadanya. 

“Satu bagusnya tentang Zalina nih, dia bukan seorang yang ‘fake’ (berpura-pura). Setiap kali bertembung dengan dia sama ada di bilik mekap atau waktu sedang ‘stand by” di studio, dia pasti akan bertegur sapa dengan saya. 

“Dia taklah tinggi sangat orangnya. Kemetot sahaja. Tapi dia akan ketawa banyak setiap kali melayan perkara-perkara merepek yang Azwan Ali katakan atau kongsikan. 

“Namun, dia seorang yang sangat ‘low profile’ tentang hal-hal peribadi dia dan sebagai seorang kawan, kita tidak berani hendak tanya,” katanya. 

Menurut Azwan lagi, dia punya perkongsian eksklusif untuk Getaran tentang momennya bersama dengan Zalina. 

“Saya dan Zalina pernah terlibat sama dalam sebuah acara yang cukup gemilang untuk puak-puak Sajat. Ia adalah sebuah ‘private show’ yang mana kami berdua telah digandingkan bersama sebagai hos acara tersebut. 

“Memang kami berdua jadi rebutan untuk puak-puak Sajat dan itu adalah salah satu daripada kenangan saya bersama Zalina Azman yang tidak akan dapat saya lupakan sampai bila-bila,” katanya. 

Menurut Azwan, Zalina juga seorang yang sangat komited dengan kerja-kerjanya. - Gambar fail
Menurut Azwan, Zalina juga seorang yang sangat komited dengan kerja-kerjanya. - Gambar fail

Jelas Azwan lagi, Zalina juga seorang yang sangat komited dengan kerja-kerjanya. 

“Kalau dia tengah ‘stand by’ untuk Money Matters, kita boleh nampak betapa kelam kabutnya. Dia sibuk dengan Money Matters dan saya pula sibuk dengan Muzik-Muzik. 

“Tapi, Muzik-Muzik adalah sebuah program rakaman, manakala Money Matters pula adalah sebuah program live (siaran langsung). Waktu itu, dia bersama Kelvin Ong yang kendalikan Money Matters. Sekarang Kelvin pun dah masuk Islam,” katanya. 

Namun, Azwan tidak nafikan Zalina adalah seorang personaliti TV, hos program dan penyampai berita yang cukup hebat dan menjadi buruan VVIP ketika itu, 

“Ya, apa yang saya tahu, dia memang adalah salah seorang personaliti TV wanita yang dikejar VVIP. Tapi, bukankah itu adalah hal peribadinya? 

“Macam yang saya katakan tadi, sebagai kawan, kita tidak tergamak untuk tanya walaupun sumber itu kita dapat. Entah ya, entah tidak. 

“Tapi, dia memang jadi buruan selain daripada Wan Zaleha. Personaliti seperti Datuk Ras Adiba dan yang lain-lain, mereka semua ini adalah dari kalangan generasi personaliti TV yang kemudian. 

“Tapi generasi awal yang betul-betul naik pada ketika itu adalah Zalina dan Wan Zaleha. Seorang lagi adakah Ezzah Aziz Fawzy. 

“Mereka ni memang sangat meletup dan orang sangat mengagumi mereka, cara penyampaian dan kredibiliti mereka dalam menyampaikan berita,” katanya. 

Mengingati Zalina membuatkan Azwan adakalanya sangat merindui bekas rakan seperjuangannya itu.

“Saya rindukan gaya tawanya itu. Ketawanya itu cukup terngiang-ngiang di telinga saya dan saya rindukan cara dia menegur saya dalam keadaan yang cukup mesra,” katanya. 

Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA. - Gambar oleh Syeda Imran
Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA. - Gambar oleh Syeda Imran

Kerana itu, kata Azwan, dia sangat terkejut apabila mendapat tahu tentang kehilangan Zalina yang penuh misteri. 

“Saya bangun pagi dan tertengok berita di kumpulan Whatsapp TV3. Sudah tentu berita itu sukar untuk saya terima. 

“Saya rasa macam berita palsu dan bercakap sendiri, betulkah diaorang nih? Susah betul untuk saya menelannya.

Tapi, lepas tekan media sosial, berita panas tentang kehilangan Zalina Azman sudah mula bertebaran. 

“Memang saya terdiam sepanjang hari.  Tapi, saya sempat masuk ke semua platform media sosial saya dan menulis #prayforZalinaAzman,” katanya. 

Begitupun, Azwan yakin Zalina Azman masih wujud dan sedang bersembunyi. 

“Gerak hati saya memberitahu bahawa Zalina bersembunyi membawa hatinya yang retak dan dia juga mungkin merajuk. 

“Tapi, apalah gunanya kawan-kawan dan nampaknya kawan-kawan personaliti dia terlalu ramai dan mereka juga turut ke depan merindui Zalina. 

“Kita tidak tahu apa yang akan jadi kepada diri kita. Iktibarnya, yang penting kawan-kawan. Bila berlaku sesuatu kawan-kawan akan ingat kita,” katanya. 

Segala perkembangan tentang Diva AA – Azwan Ali boleh diikuti menerusi platform media sosialnya : IG : @divaaavazztersohor1 , Twitter: DivaAATersohor, FB: Divas Azwan Ali  TikTok: divaaa2023 . - Getaran, 20 Ogos 2022

Isu Pada

Fenomena Casablanca Nuha Bahrin, Naufal Azrin

20 Aug 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 bulan yang lalu

Saksikan Keperitan Hidup Puteri Balqis Dalam Khilaf Yang Tertulis 

2

Kisah Kita 6 bulan yang lalu

Sedekad MH370: Harapan Baharu Pencarian Semula, Hapuslah Spekulasi

3

Luar Negara 9 bulan yang lalu

Motaz Azaiza Tersenarai Men Of The Year GQ Middle East

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Selamat Jalan Raymond Goh

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara