web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kabinet Dapur Modular Yang Bergaya, Selamat Dan Mudah Dipasang

Untuk mengelakkan diri bagaikan terhimpit di rumah sendiri, ada trik yang perlu diguna pakai untuk memastikan ruang yang kecil kelihatan luas dan selesa.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2022 6:17PM

Selain penggunaan warna dinding yang tepat, pemilihan perabot juga memainkan peranan penting. - Gambar hiasan Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Salah satu isu yang sering dihadapi oleh warga kota apabila membeli rumah atau hartanah sendiri ialah keluasan rumah yang agak terhad. Lebih-lebih lagi jika ia sebuah pangsapuri atau kondominium. 

Untuk mengelakkan diri bagaikan terhimpit di rumah sendiri, ada trik yang perlu diguna pakai untuk memastikan ruang yang kecil kelihatan luas dan selesa.

Selain penggunaan warna dinding yang tepat, pemilihan perabot juga memainkan peranan penting. Janganlah pilih perabot yang oversized' atau berwarna gelap kerana ia menjadikan ruang kelihatan lebih sempit.

Gambar ihsan Cadular dan Unsplash
Gambar ihsan Cadular dan Unsplash

Salah satu ruang yang perlu diberi perhatian oleh pemilik ‘rumah kecil’ ialah dapur. Ini kerana ruang ini sering ‘diabaikan’ pemaju kerana mahu memberikan ruangan lain seperti bilik tidur dan ruang makan saiz yang lebih luas.

Hakikatnya dapur adalah ruang penting kerana banyak pergerakan berlaku. 

Jika anda merancang mengubahsuai ruangan dapur untuk pengalaman yang lebih menggembirakan, apa kata anda pertimbangkan set kabinet daripada jenama Cadula.

Jenama ini telah mengeluarkan set kabinet dapur gaya shaker modular terbarunya yang direka dengan sempurna untuk ruang yang sempit. 

Tersedia dalam tiga warna pastel yang lembut dan menenangkan, koleksi ini meraikan gabungan alam semula jadi dalam rumah bandar dengan menggabungkan bahan kayu bukan toksik dengan konsep modular yang membolehkan pemilik rumah memiliki fleksibiliti penuh untuk menyesuaikan ruang kediaman mereka dan menghidupkan rumah impian mereka.

Sangat ideal untuk golongan milenial dan Gen Z yang lebih terdorong membeli rumah yang lebih kecil untuk hidup berdikari di kawasan bandar.

Selain faktor harga, golongan ini memilih untuk berpindah ke rumah yang lebih kecil, seperti unit pangsapuri studio kerana ingin menjalani kehidupan tanpa sebarang gangguan.

Dengan peningkatan minat untuk rumah yang lebih kecil dan lebih mudah diurus, kabinet dapur modular Cadula direka khas untuk memenuhi jangkaan pemilik rumah muda. Ia tampil moden, bergaya, ringkas dan yang paling penting, ia menjimatkan kos!

"Generasi penduduk bandar sekarang menginginkan ruang kecil yang mudah diurus dan selesa untuk didiami. Kami percaya bahawa ruang yang kecil turut berhak mendapat perhatian yang sewajarnya!”

“Melalui barisan kabinet modular mampu milik Cadula yang semakin berkembang, kami berharap dapat memberi pemilik rumah pengalaman interaktif yang menyeronokkan dan kebebasan kreatif untuk menghidupkan suasana kediaman mereka dengan ruang simpanan yang bukan sahaja bergaya dan moden, tetapi juga bersifat praktikal,” ulas Pengasas Bersama Kabinet Cadula, Samantha Lau. 

Gambar ihsan Cadular dan Unsplash
Gambar ihsan Cadular dan Unsplash

Dengan fungsi serba boleh, kabinet modular direka khas untuk melengkapi dan mengadaptasi dengan perubahan gaya hidup di bandar. Diinspirasikan oleh konsep set blok bangunan, kabinet modular terdiri daripada unit pra-buatan berasingan yang setiap satunya boleh dipasang dengan mudah, ditanggalkan dan disusun semula agar sesuai dengan kawasan yang sempit. 

Sifatnya yang fleksibel bukan sahaja menjadikan gaya kabinet ini sesuai untuk isi rumah yang lebih kecil, tetapi juga sesuai untuk penyewa yang mungkin perlu membawa perabot bersama-sama seandainya mereka mahu berpindah ke rumah lain.

Selain penyelenggaraan yang rendah dan mudah dibersihkan, sistem kabinet modular yang boleh dilipat membolehkannya digunakan dalam pelbagai ruang di luar dapur.

Sebagai contoh, kaunter dapur daripada set kabinet modular Cadula juga boleh ditukar kepada meja sisi katil di bilik tidur atau table top. 

Mesra alam demi kehidupan sejahtera

Koleksi baharu Cadula terdiri daripada siri gaya pintu shaker yang pastinya membawa aura tenang semasa di dapur, dengan pilihan tiga warna pastel tona sejuk iaitu green moss, pebble grey dan blanche white.

Warna-warna neutral ini menjadikannya mudah untuk dipadankan dengan pelbagai warna dinding, menambahkan ciri serba boleh untuk idea reka bentuk dalaman.

Koleksi ini juga terdapat dalam dua pilihan reka bentuk. Yang pertama adalah konsep selesa dan kedesaan (rustic), menampilkan panel tengah rata gaya minimalis dengan bentuk segi empat sama di bahagian tepi dan pintu jenis shaker.

Gambar ihsan Cadula dan Unsplash
Gambar ihsan Cadula dan Unsplash

Sementara itu, pilihan kedua ialah gabungan moden pintu shaker dan panel kaca yang lut sinar. Kedua-dua reka bentuk ini datang dengan pilihan laci yang dipasang di bahagian bawah kabinet. Semua pintu kabinet dilengkapi dengan tombol pintu logam bercirikan kedesaan yang memberikan cengkaman selesa.

Untuk mencapai kemasan sempurna bagi semua kabinet pintu shakernya, Cadula menggunakan papan kayu melamin khusus bersama-sama dengan teknologi ketepatan berpaten bagi membolehkan pembuatan yang lebih konsisten dengan menekankan kualiti kayu.

Sebagai jenama yang menekankan kehidupan yang lebih sihat, kabinet modular Cadula dihasilkan sepenuhnya daripada kayu khusus yang tidak toksik dan kandungan formaldehid yang rendah, satu bentuk alergen yang boleh menyebabkan kemudaratan kepada kesihatan fizikal dan mental seseorang dengan pendedahan dalam jangka panjang.

Untuk maklumat lanjut mengenai Cadula, sila layari: mkacabinet.com/cadula/ . - Getaran, 22 Oktober 2022

Isu Pada

I'm Ready To Romance - Theebaan G

22 Oct 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Najib Dapat Persetujuan Kabinet Sebelum Luluskan Surat Sokongan Bon AS$3 Bilion

2

Sukan 6 bulan yang lalu

Malaysia Tolak Tawaran Anjur Sukan Komanwel 2026 

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Malaysia Kirim Poskad Khas Kepada PBB, Desak Terima Palestin Sebagai Negara Anggota

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Istiadat Angkat Sumpah Menteri Persekutuan Dijadual Esok - Sumber

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia