web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Malaysia Tolak Tawaran Anjur Sukan Komanwel 2026 

Sukan Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2024 4:04PM

Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil menjadi lokasi utama penganjuran Sukan Komanwel 1998 lalu. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kabinet memutuskan untuk menolak tawaran Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) sebagai tuan rumah temasya sukan Sukan Komanwel 2026.

Kementerian Belia dan Sukan dalam kenyataan berkata, mesyuarat Kabinet yang bersidang hari ini mengambil keputusan itu selepas meneliti kesemua aspek penganjuran dan implikasinya.

"Kerajaan memutuskan untuk tidak menerima tawaran daripada Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) sebagai tuan rumah temasya Sukan Komanwel 2026. 

"Mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang hari ini telah mengambil keputusan tersebut setelah meneliti semua aspek penganjuran dan implikasi," katanya.

Menurut kenyataan itu, delegasi CGF mengadakan pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh serta mengadakan sesi penerangan mengenai tawaran berkenaan pada 5 Februari lalu, yang turut dihadiri Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Katanya, hasil pertemuan itu kemudiannya dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri, termasuk tawaran CGF berjumlah 100 juta pound (RM603 juta).

Namun, kenyataan itu menyebut, tawaran itu dijangka tidak mampu menampung kos keseluruhan penganjuran temasya sukan berskala besar, selain impak ekonomi yang tidak dapat dijangkakan dalam masa yang singkat.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu, Kerajaan MADANI mengucapkan terima kasih kepada CGF di atas tawaran berkenaan.

"Kerajaan MADANI mengucapkan terima kasih kepada CGF atas penawaran tuan rumah Sukan Komanwel 2026. 

"Namun, pada ketika ini kerajaan mahu memberi fokus kepada pembangunan sukan serta kebajikan dan kesejahteraan rakyat," katanya.

Terdahulu, Majlis Olimpik Malaysia mendedahkan mengenai tawaran CGF kepada Malaysia untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026 bagi menggantikan Victoria, Australia, yang menarik diri tahun lalu, susulan masalah kos penganjuran.

MOM berkata, tawaran itu merangkumi pelaburan kewangan yang besar menjangkau 100 juta pound (kira-kira RM601 juta) untuk menyokong perancangan bagi penganjuran edisi 2026 itu.

Pengumuman itu mendapat pelbagai reaksi termasuk daripada bekas Pengerusi Sukom Ninety Eight Berhad, Jen (B) Tun Mohamed Hashim Mohd Ali, yang meminta kerajaan berfikir semasak-masaknya dan mempertimbangkan secara serius tawaran terbabit.

Beliau secara peribadi berkata, kerajaan perlu menangguhkan hasrat, jika benar mahu menganjurkan temasya sukan empat tahun sekali itu kerana Malaysia tidak berada di kedudukan terbaik untuk melakukannya, dari segi masa dan langkah penjimatan yang sedang dilakukan kerajaan.

Bekas Panglima Angkatan Tentera itu menganggap tempoh berbaki kira-kira dua tahun terlalu singkat untuk melakukan persiapan intensif, sekali gus meragui kemampuan Malaysia mengulangi pencapaian membanggakan sewaktu menjadi tuan rumah buat julung kali pada 1998.

Susulan keputusan Malaysia itu, nasib Sukan Komanwel 2026 kekal menjadi tanda tanya selepas Victoria, yang sepatutnya menjadi tuan rumah edisi ke-23 itu, menarik diri pada Julai tahun lalu kerana peningkatan kos penganjuran daripada jangkaan awal AUD2.6 bilion (lebih kurang RM8.09 bilion) kepada AUD7 bilion (lebih kurang RM21.78 bilion).

Kerajaan Victoria juga dilaporkan bersetuju untuk membayar AUD380 juta kerana melanggar kontrak, apabila tidak dapat menganjurkan temasya itu mengikut jadual bermula 17 hingga 29 Mac 2026.

Selain itu, India juga tidak berminat untuk menjadi pengganti bagi edisi 2026, selain wilayah Alberta di Kanada turut menarik diri daripada proses bidaan Sukan Komanwel 2030 selepas seminggu Victoria mengumumkan menarik diri.

Dari 74 negara dan wilayah yang menjadi ahli CGF, hanya England, Kanada, Australia, Wales, New Zealand, Jamaica, Scotland, India dan Malaysia pernah menjadi tuan rumah. - Getaran, 22 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Najib Dapat Persetujuan Kabinet Sebelum Luluskan Surat Sokongan Bon AS$3 Bilion

2

Sukan 6 bulan yang lalu

Kerajaan Teliti Sebelum Buat Keputusan Tawaran Anjur Sukan Komanwel 2026 - PM

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Malaysia Kirim Poskad Khas Kepada PBB, Desak Terima Palestin Sebagai Negara Anggota

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Istiadat Angkat Sumpah Menteri Persekutuan Dijadual Esok - Sumber

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'