web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lelaki Juga Perlu Titik Beratkan Penjagaan Diri Dan Wajah

Lelaki juga perlu menitik beratkan penjagaan wajah kerana penjagaan atau rawatan wajah yang betul boleh memberikan kulit yang terhidrat dan membantu kulit tampil lebih muda. 

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Nov 2022 6:05PM

Bukan sedikit pilihan produk yang ada di pasaran sehingga kadangkala sukar untuk membuat pilihan. - Gambar Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Apabila berbicara tentang produk penjagaan diri, selalunya ia lebih sinonim dengan golongan wanita. Bukan sedikit pilihan produk yang ada di pasaran sehingga kadangkala sukar untuk membuat pilihan.

Berbeza dengan produk penjagaan diri lelaki, biarpun pelbagai, tetapi ia tidaklah semeriah pilihan produk wanita.

Mungkin salah satu sebabnya adalah kerana kaum lelaki tidak terlalu bimbang tentang penampilan kulit wajah atau gerun dengan tanda-tanda penuaan. Hakikatnya, lelaki juga perlu menitik beratkan penjagaan wajah.

Kahf ketika hari pelancarannya baru-baru ini. - Gambar KAHF
Kahf ketika hari pelancarannya baru-baru ini. - Gambar KAHF

Ini kerana penjagaan atau rawatan wajah yang betul boleh memberikan kulit yang terhidrat dan membantu kulit tampil lebih muda. 

Untuk menjaga kulit dengan betul, setiap individu harus mengikuti rutin asas penjagaan wajah iaitu membersihkan wajah sekurang-kurangnya dua kali sehari, memakai pelembap dan mesti menggunakan krim pelindung matahari tidak kira sama ada berada di rumah atau sebaliknya. 

Janganlah malas atau terlalu berkira untuk mengeluarkan sejumlah wang untuk membeli produk penjagaan diri. Ingat, penampilan yang menawan juga amat diperlukan untuk anda mencari jodoh. 

Wanita sekarang amat mementingkan soal penjagaan diri apabila mahu dekat dengan mana-mana lelaki. Biarpun ada yang tidak setuju dengan pepatah Inggeris ‘don't judge a book by its cover’ tetapi suka atau tidak, ada kebenarannya. 

Jadi cuba periksa diri sendiri. Adakah anda di kalangan lelaki yang mengamalkan rutin penjagaan diri atau anda di antara mereka yang tidak ambil kisah? Jika anda salah seorang yang tidak ambil kisah, mulalah berubah. Pilih produk yang diyakini selamat dan sesuai dengan bajet. Untuk yang beragama Islam, mungkin ada dapatkan produk terbaru di pasaran, Kahf.

Produk Penjagaan Diri Halal Untuk Gaya Hidup Lelaki Moden

Kahf, merupakan jenama penjagaan diri dan dandanan lelaki yang disahkan halal dan baru sahaja  dilancarkan di Malaysia oleh PT Paragon Technology and Innovation dari Indonesia. Produk ini mempersembahkan variasi produk penjagaan diri dan kulit yang mendukung elemen halal, berkualiti tinggi dan berinspirasikan alam semula jadi. 

Malah, menawarkan kandungan formulasi ringan dan unik dengan teknologi HydroBalanceTM yang mampu mengekalkan keseimbangan kelembapan kulit supaya kulit lebih sihat. 

Pengurus Jenama Kahf, Billy Dharmawan menjelaskan, pihaknya memperkenalkan jenama Kahf di Malaysia memandangkan permintaan produk penjagaan diri lelaki semakin meningkat di Malaysia. 

Gambar ihsan KAHF
Gambar ihsan KAHF

"Permintaan terhadap produk penjagaan kulit dan diri lelaki di Malaysia semakin meningkat, tetapi malangnya ramai yang belum menemui jenama yang sesuai dengan kemahuan dan gaya hidup harian mereka.”

“Oleh itu, kami berusaha untuk mengisi jurang ini dengan memperkenalkan Kahf, jenama penjagaan diri dan kulit lelaki yang halal, berkualiti tinggi, tayyib, dan diilhamkan oleh alam semula jadi dengan reka bentuk moden sebagai penyelesaian penjagaan kulit dan gaya hidup untuk lelaki hari ini,” ujar beliau.

Kahf melengkapkan keperluan lelaki dengan menawarkan tiga kategori produk iaitu penjagaan kulit (pencuci muka dan pelembap pelindung matahari), minyak wangi (eau de toilette) dan penjagaan janggut dan rambut (serum dan minyak).

Kahf Face Wash - Gambar ihsan KAHF
Kahf Face Wash - Gambar ihsan KAHF

‘Kahf Face Wash’ adalah produk unggul dengan formulasi halal, Pure Cleanse kerana ia mampu membersih dengan berkesan, dibuat dengan teknologi HydroBalanceTM dan formulasi selesa yang boleh mengekalkan kelembapan kulit. 

Selain itu, rangkaian ini juga mempunyai rangkaian Beard and Hair Care yang terbukti berkesan dan sesuai untuk lelaki yang ingin melebatkan janggut yang sihat dengan fungsi antibakteria, kerana ia boleh memastikan kulit wajah bebas daripada jerawat dan bintik hitam.  

Produk Kahf kini boleh didapati di stor-stor penjagaan diri terkemuka di seluruh negara dengan harga yang sangat berpatutan iaitu antara RM19.60 hingga RM45.90. - Getaran, 5 November 2022

Gambar ihsan KAHF
Gambar ihsan KAHF

Isu Pada

Azira Shafinaz: Kenapa 2022 Adalah Tahunnya

05 Nov 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Bunuh Anak Usia 6 Bulan

3

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Harap Pihak Masjid Beri Penjelasan, Ramai Dah Keliru Ni

4

Video & Galeri 7 bulan yang lalu

Puting Beliung Landa Sumedang, Bandung Di Indonesia

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia