web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Nak Tahu Bos Benci Atau Suka Dengan Kita, Cuba Semak 6 Tanda-Tanda Berikut!

Politik pejabat memang memualkan bagi sesetengah orang. Biarpun begitu, mahu atau tidak, kita perlu berhadapan dengan realiti ini.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2022 12:00PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Politik pejabat memang memualkan bagi sesetengah orang. Biarpun begitu, mahu atau tidak, kita perlu berhadapan dengan realiti ini. Lebih-lebih lagi jika bos atau pihak atasan kita itu kurang mahir dalam mengendali perihal ‘anak buah’. Lebih parah, jika dia suka pilih kasih!

Jadi, bagaimana caranya untuk tahu sama ada bos menyukai kita atau sebaliknya? Cuba semak 6 tanda-tanda berikut. Jika ada di antara situasi itu anda hadapi, itu tandanya anda tidak disukai dan perlu lakukan sesuatu.

1) Selalu mengelak

Dia selalu tidak punya masa untuk bertemu dengan anda. Setiap kali anda cuba mengatur perjumpaan dengannya, pasti ada sahaja alasan yang diberikan. Sedangkan teman-teman pejabat yang lain tidak punya masalah untuk duduk berbincang bersama bos anda.

2) Sering dipinggirkan

Biarpun anda salah seorang yang terlibat dengan projek penting, namun nama anda tidak tersenarai dalam ‘thread email’ untuk kemas kini semasa. Malah, anda juga sering kali tidak dijemput untuk menghadiri mesyuarat-mesyuarat penting.

3) Tidak diendahkan

Apabila ingin menyuarakan sesuatu pendapat ketika dalam perbincangan, bos anda seringkali tidak memberi perhatian. Kadangkala langsung tidak memberi peluang untuk berkata-kata. Paling menyakitkan apabila dia memperlekehkan apa yang anda cuba sampaikan.

4) Sering dipersalahkan!

Andai kata kerja atau projek gagal, anda akan dipersalahkan 100 peratus tanpa budi bicara. Sedangkan anda tidak mendapat tunjuk ajar atau arahan yang jelas daripadanya. Sudahlah singkirkan anda daripada sebarang perbincangan, apabila projek gagal, semua kesalahan diletak atas bahu anda.

5) Tidak dihargai

Walaupun sama-sama menyumbang tenaga untuk menjayakan sesebuah projek, tetapi bos anda jarang sekali memberi kredit kepada anda.

Biarpun anda sudah melakukan yang terbaik, tetapi dia sering mencari kesalahan atau memperkecilkan kemampuan anda. Padahal, rakan sekerja yang melakukan kerja tidak seberapa dipuji melambung-lambung.

6) Makan gaji buta

Jika bos mengambil berat tentang karier anda, dia tidak akan membiarkan anda terkontang-kanting di pejabat tanpa sebarang tugasan. Makan gaji buta kedengaran enak, tetapi situasi ini cukup membahayakan. Sampai satu ketika, pasti bos akan menyingkirkan anda dari syarikat atas alasan tidak produktif dan hanya merugikan syarikat.

Jika semua situasi di atas sedang berlaku kepada anda, lebih baik bertindak pantas dengan berbincang dengan bos anda untuk memperbaiki hubungan. Jelaskan kepadanya perasaan anda dan minta dia tunjukkan jalan untuk sama-sama bergerak seiring dengan perkembangan syarikat.

Andai kata usaha untuk berbincang menemui jalan buntu, cuba adukan masalah anda kepada pihak pengurusan sumber manusia. Ingat! Jangan mudah mengalah. - Getaran, 3 Disember 2022

Rujukan: https://selfdevelopmentjourney.com/ https://www.linkedin.com

Isu Pada

Perjalanan Dua Dekad Marcell Siahaan

03 Dec 2022

Sorotan

1

Agong Masyhur Masjid Sultan Ibrahim

2

198,046 Kenderaan Lulus Subsidi Diesel – KPDN

3

PM Mahu Polis Bertindak Tegas Terhadap Pesalah Rasuah

4

AS Pulangkan RM721.4 Juta Dana 1MDB Kepada Malaysia

5

Silap Label Kedudukan Sabah, Sarawak, Proton Mohon Maaf

6

Dr Joohari Wakili Pakatan Harapan Sebagai Calon PRK Sungai Bakap