web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Apple Jalin Kerjasama Dengan Google Bagi Tangani Penyalahgunaan Alat Penjejakan Pintar

Apple dan Google telah bekerjasama untuk membanteras penyalahgunaan Air Tag dan peranti penjejakan Bluetooth lain yang memiliki fungsi yang serupa.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2023 10:02AM

Apple dan Google telah bekerjasama untuk membanteras penyalahgunaan Air Tag. - Gambar Apple

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Beberapa tahun lalu, terdapat sebuah peranti penjejak pintar dicipta dan dikeluarkan oleh syarikat Apple dikenali sebagai Air Tag. Ia berfungsi memberi maklumat berhubung arah panduan barangan berkenaan, jarak pengguna serta lokasi tag tersebut digantung atau diletakkan menerusi kemaskini di pernati iOS anda.

Sejak Air Tag diperkenalkan, terdapat pelbagai kebimbangan dan beberapa maklum balas pengguna berhubung pengguna Air Tag yang berpotensi menerima kehadiran penjejakan yang tidak diingini atau telah disalahgunakan. 

Air Tag adalah peranti penjejak pintar yang dicipta dan dikeluarkan syarikat Apple beberapa tahun lalu. - Gambar Apple
Air Tag adalah peranti penjejak pintar yang dicipta dan dikeluarkan syarikat Apple beberapa tahun lalu. - Gambar Apple

Umumnya, kita tahu ciptaan alat ini adalah untuk memberikan manfaat kepada pengguna namun berikutan hal keselamatan peranti tersebut, baru-baru ini Apple dan Google telah bekerjasama untuk membanteras penyalahgunaan Air Tag. Ini termasuklah peranti penjejakan Bluetooth lain yang memiliki fungsi yang serupa.

Kerjasama ini telah menaik tarafkan sistem dan fungsi terhadap peranti tersebut dan menyenaraikan amalan serta protokol yang terbaik kepada pengguna. Ia dapat membantu untuk mencegah penyalahgunaan alat penjejakan seperti menjejak individu yang mengintip, gangguan dan seumpamanya.

Antara aksesori Apple Air Tag yang terdapat di pasaran. - Gambar Apple
Antara aksesori Apple Air Tag yang terdapat di pasaran. - Gambar Apple

Malah, ia juga akan memberikan arahan mengenai cara mencari dan melumpuhkan alat penjejakan lain jika didapati ia berada di tangan yang salah.

Apple memaklumkan beberapa syarikat termasuk Samsung, Tile, Chipolo, eufy Security dan Pebblebee telah menyatakan sokongan terhadap perkembangan fungsi dan standard baharu peranti penjejak ini. 

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

Oleh itu, dengan standard dan spesifikasi baharu ini, pengguna tidak perlu risau lagi dan berharap agar ia dapat meminimumkan individu yang mengambil kesempatan untuk menyalahgunakan teknologi tersebut. - Getaran, 15 Mei 2023 

Sumber: Apple Newsroom

Isu Pada

Aishwarya Rai - Aura Nandini dan ‘Women Empowerment’

20 May 2023

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Apple Store Pertama di Malaysia Sudah Dibuka!

2

Ekonomi 4 bulan yang lalu

Google Sahkan Komitmen Pelaburan AS$2 Bilion Ke Malaysia - PM

3

Pendidikan 6 bulan yang lalu

Google Lancar Inisiatif Baharu Lengkapkan Belia Malaysia Dengan Kemahiran Berfokuskan AI

4

Ekonomi 6 bulan yang lalu

Salah Tukaran Ringgit-Dolar AS, Google Malaysia Mohon Maaf

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia