web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: Mantan Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meninggal dunia pada usia 86 tahun hari ini 1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan

IKUTI KAMI


Dari Pentas ke Sambal, Sufi Rashid Terus Mencari Rezeki

Bintang kelahiran Singapura yang juga bekas Juara Akademi Fantasia 2015, Sufi Rashid berkongsi perkembangan terbaharunya.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 23 May 2021 9:40AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah berkahwin dengan wanita yang berasal dari Negeri Sembilan iaitu Nurulain Md Yusof, penyanyi kelahiran Singapura yang juga bekas juara Akademi Fantasia 2015 iaitu Sufi Rashid, telah menetap di Kuala Lumpur sejak September 2019.

Meskipun telah berpindah, beliau tetap aktif mengusahakan perniagaan sampingannya menjual produk makanan biskut Krispy Krunchee serta kerepek kentang Krispy Yolks untuk pasaran Singapura dan juga Malaysia.

Sufi kini sama-sama mengusahakan perniagaan tersebut bersama isterinya yang senang disapa sebagai Ain sahaja.

Namun, pandemik COVID-19 turut menjejaskan perniagaan beliau kerana tidak dapat menyertai mana-mana acara di tapak perniagaan di Singapura dan Malaysia untuk bertemu langsung dengan para peminat dan pembeli.

Malah untuk saat ini tiada lagu baharu juga darinya. Kali terakhir penyanyi tersebut muncul dengan single ialah pada awal tahun ini menerusi lagu berjudul ‘Yang Terakhir’.

Sebelum ini, beliau pernah juga muncul dengan lagu berjudul ‘Aku Sanggup’ ciptaan Edry Abdul Halim yang telah mencapai 20 juta tontonan di YouTube sehingga kini. Malah, liriknya juga dihasilkan bersama oleh Edry dan Sufi sekitar 4 tahun lepas.

Terperap di rumah sahaja sejak tahun lepas disebabkan pandemik telah membantunya melahirkan produk baru keluarannya sendiri iaitu ‘Sambel Biniku’ yang diperkenalkan bulan lepas.

Sufi yang dihubungi di Kuala Lumpur mengatakan, ‘Sambel Biniku’ adalah sambal yang ‘ready to eat',  boleh dimakan terus atau boleh juga dicampurkan dengan ayam atau ikan bilis. Ia juga dinamakan begitu kerana memang ditumis oleh isterinya sendiri.

 “Sambal tak perlu tumis lagi sebab dah ada perasa selain bawang yang dah dicampur. Cuma panaskan kalau nak masak ayam sambal, ready to eat tak perlu tambah lagi. Idea daripada isteri saya,” ulasnya mengenai sambalnya.  

Penyanyi yang sinonim dengan lagu-lagu berentak balada itu, turut menyatakan bahawa sehingga kini, sebanyak dua ribu botol telah terjual dan masih ada tempahan dibuat untuk sepanjang musim raya.

Sufi juga mengatakan dia terpaksa menggunakan media sosial khususnya dengan membuat sesi FB live setiap hari untuk memperkenalkan produk terkini darinya. 

“FB Live membantu perniagaan saya sebanyak 70%, mula-mula hanya 100 orang tengok. Kemudian 500 sehingga 700 orang. Kita berhubung dengan mereka. Kita nak cari stokis dan agen dari dua negara pun dari FB Live.”

Sufi turut mengakui belum bersedia untuk muncul dengan lagu-lagu baharu buat masa kini disebabkan pandemik kerana keadaan menjadi sukar untuk membuat sebarang promosi lagu gara-gara pergerakan yang terbatas. Malah banyak undangan nyanyian dibatalkan. 

Biarpun sudah ada tiga demo lagu di tangannya kini, Sufi tahu ini bukan masa yang sesuai untuk mengedarkan lagu baharu. Malah dari tiga buah lagu tersebut, dua buah lagu tersebut adalah lagu balada dan sebuah lagi merupakan lagu rancak yang diharap dapat memberi variasi kepada senarai lagu-lagunya nanti.

Sufi memberitahu bahawa dia sendiri yang menciptakan salah satu lagu itu sementara dua lagi lagu adalah ciptaan komposer dari Malaysia. 

“Bila situasi dah OK nak buat promosi pun senang. Sekarang ini ada lagu raya dulu,” ujar Sufi.

Lagu raya yang dimaksudkannya adalah ‘Lebaran Tetap Tiba’ bersama Ernie Zakrie, Syamel, Amira Othman, Yuka Kharisma, Irfan Harris dan Timah. Inilah kali pertama Sufi digandingkan bersama penyanyi-penyanyi tersebut.

‘Lebaran Tetap Tiba’ adalah ciptaan komposer popular  S. Atan manakala lirik dihasilkan oleh Siso.

Seperti artis-artis lain, pendapatan dari kerjaya nyanyiannya turut terjejas sewaktu dilanda pandemik kerana tidak dapat menerima undangan nyanyian di Singapura dan Malaysia.

“Setakat ini alhamdulillah, surviving. Bukan seperti hari-hari biasa tapi dapat jugak beli barang baru, perhiasan rumah dan seumpamanya,” kata Sufi menutup bicara.

Sempena Syawal ini, Sufi Rashid juga mengucapkan Selamat  Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca Getaran. - Getaran, 23 Mei 2021.

Semua gambar: Ihsan Sufi Rashid

Isu Pada

Amyra Rosli, Menyemai Cinta

22 May 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Jelajah 2 bulan yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

3

Sukan 3 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

4

Sukan 3 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia