web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Halloween Cetus Inspirasi Crocs Edisi Hershey’s Dan Reese’s 

Crocs hasilkan model yang berkolaborasi dengan jenama coklat terkenal iaitu Hershey’s dan Reese’s

TARA Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2023 11:10AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jenama kasut getah berasal dari Colorado, Amerika Syarikat (AS), Crocs jarang mengeluarkan edisi khas yang berkolaborasi bersama syarikat makanan. Justeru, ia menerima reaksi luar biasa peminat setiap kali syarikat terbabit mengumumkan kerjasama dengan jenama makanan atau minuman untuk mengeluarkan edisi khas.

Antara model yang berjaya menarik perhatian ramai sebelum ini ialah edisi Pop-Tarts dan Taco Bell. Baru-baru ini, Crocs menghasilkan model melibatkan kolaborasi dengan jenama coklat terkenal iaitu Hershey’s dan Reese’s. 

Mengambil inspirasi perayaan Halloween, Crocs mengambil langkah bijak mengeluarkan edisi terbaharu itu pada Oktober, ketika bahang Halloween semakin dirasai.

Terdapat dua versi dan rekaan yang dikeluarkan oleh Crocs iaitu warna coklat gelap yang melambangkan imej bar coklat Hershey’s manakala satu lagi versi ialah campuran warna jingga iaitu warna rasmi coklat Reese’s pada permukaan atas serta coklat gelap di bahagian bawah. Kedua-duanya tersedia dalam pelbagai saiz untuk orang dewasa dan kanak-kanak.

Menambah tarikan edisi berkenaan ialah set Jibbitz berbentuk ketulan coklat Hershey's Kisses, Hershey’s Bars dan Reese's Peanut Butter Cups yang menyerupai coklat sebenar. Ia sangat ‘versatile’ untuk digunakan secara kasual atau digayakan dengan pakaian berwarna terang. 

Buat peminat Crocs edisi terhad ini, apa kata anda bersedia dengan tabungan mencukupi sebaik sahaja ia menjengah pasaran tempatan tidak lama lagi. Untuk makluman, model ini sudah mula dijual pada 29 September lalu di pasaran luar negara. Anda juga boleh membelinya secara dalam talian di laman sesawang rasmi mereka. Edisi ini menawarkan harga sekitar RM260 sepasang.

Selain Hershey’s dan Reese’s, Crocs pada September lalu menjalinkan kerjasama pengeluar apron chef terkenal dan menjadi kegemaran rakyat Amerika Syarikat iaitu Hedley & Bennett untuk mengeluarkan dua model kasut yang bergaya. - Getaran, 7 Oktober 2023

Sumber Foto: Crocs.com

Isu Pada

Jadi Diriku - Tunku Rania 7 Oktober

07 Oct 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 8 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 8 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 8 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 8 bulan yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara