web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


ImamConnect: Khidmat Sehenti Dari Seluruh Dunia Islam

Menjadi negara majoriti penduduk Islam contoh, Malaysia terpilih sebagai pusat serantau.

Teknovasi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2021 8:45AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Situasi wabak memaksa masyarakat dunia untuk melakukan penjarakan sosial. Justeru, tahun 2020 menyaksikan satu peralihan ‘norma baharu’ dalam kehidupan secara pantas membabitkan semua aspek kehidupan merangkumi bidang pekerjaan, pendidikan dan komunikasi.

Lantaran itu lahirnya ImamConnect – platform atas talian pertama yang menyediakan perkhidmatan untuk umat Islam sedunia. 

ImamConnect memaparkan komuniti Islam global, meliputi rangkaian perkhidmatan menyeluruh berkaitan keagamaan dan bukan keagamaan hasil kajian al-Quran, perkahwinan, pengebumian dan wasiat. Ia juga merangkumi tip-tip bimbingan kehidupan, kaunseling keluarga dan pendidikan di rumah yang sejajar dengan nilai-nilai Islam.

Anda boleh mendapatkan khidmat nasihat secara sahih daripada ustaz dan ustazah, ilmuan Islam tempatan dan antarabangsa, cendekiawan, ahli terapi dan ramai lagi.

Panelis ini telah melalui prosedur pemeriksaan dan semakan latar belakang yang rapi serta disahkan kewibawaannya oleh pasukan ImamConnect.

Ia bagi memastikan perkhidmatan profesional yang berkualiti tinggi, sama ada secara atas talian mahupun bersemuka.

Menerusi ImamConnect, anda boleh mencari pakar berdasarkan kawasan geografi dan bidang kepakaran. Selepas pemilihan, anda boleh mendapatkan biografi panelis, kadar bayaran perkhidmatan dan ulasan pengguna serta boleh mengetahui kelayakan atau pensijilan berkaitan.

Penempahan dan pembayaran boleh dilakukan secara PayPal.

Selain itu, memandangkan ramai yang terkesan dari segi kewangan kerana kesukaran mendapat pekerjaan  atau kekangan mengajar di masjid dan universiti secara tradisional,  ImamConnect juga mengalu-alukan mana-mana pihak yang layak untuk mendaftar.

Peluang ini dijangka meluaskan jangkauan pengajaran mereka melangkaui sempadan geografi kerana ImamConnect menghubungkan seluruh umat Islam dalam satu platform.

Muddassar Ahmed, CEO ImamConnect
Muddassar Ahmed, CEO ImamConnect

Dibangunkan oleh sepasukan pakar komunikasi, pemimpin dan pakar teknologi Islam yang berpangkalan di Kuala Lumpur, Brussels, London dan New York, ImamConnect menyediakan lebih 70 panelis yang menawarkan kepakaran mereka di seluruh dunia termasuk United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS), Australia, Singapura dan tidak lupa Malaysia. 

Fasa pelancaran menyaksikan fokus utama adalah perkembangan panelis dan pengguna di UK dan AS kerana masyarakat Islam di sana kurang menerima kemudahan perkhidmatan berunsurkan Islam, lagi-lagi semasa pandemik.

Sehubungan itu, ImamConnect berfungsi dengan capaian Internet untuk mereka yang mencari hal-hal berkaitan keagamaan.

Secara realitinya, umat Islam dialu-alukan untuk bergerak ke arah pendigitalan. Mereka boleh memperoleh manfaat daripada cerdik pandai yang berlandaskan Islam di atas talian. ImamConnect turut mendapat sokongan dan menyediakan perkhidmatan dari masjid dan institusi Islam tradisional. 

Hari ini, ImamConnect terus berkembang dengan para panelis dan pengguna baru yang berdaftar di lebih banyak negara. Sejak penubuhannya, pasukan antarabangsa ImamConnect terdiri daripada kira-kira 20 peratus rakyat Malaysia termasuk pengasas Commerce Dot Com merangkap Ahli Lembaga Penasihat ImamConnect, Syed Azmin Syed Nor.

Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ImamConnect, Muddassar Ahmed, sebagai negara yang mempunyai majoriti penduduk beragama Islam, Malaysia dipandang tinggi oleh negara Islam lain kerana keupayaan negara ini mengekalkan keamanan dan pertumbuhan ekonomi yang kukuh serta memiliki rakyat yang memiliki rasa rendah diri dan saling hormat-menghormati.

“Gabungan lokasi geografi yang strategik, capaian internet mampan, budaya e-dagang yang tinggi dan mempunyai rakyat yang celik bidang digital, menjadikan Malaysia sebagai pilihan destinasi untuk ImamConnect berkembang serta membawakan perkhidmatan kami kepada jutaan umat Islam di rantau ASEAN ini,” kata Muddasar yakin. 

Layari ImamConnect untuk maklumat lanjut. – Getaran, 24 Mac 2021

Semua gambar: ImamConnect

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Jelajah 20 jam yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

oleh Rahayu MN

Refleksi 1 hari yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

Seramai 47 peratus rakyat Malaysia melaporkan keadaan kewangan yang bertambah baik secara tahunan, dengan wanita menunjukkan kemajuan dalam metrik utama

oleh Rahayu MN