web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tepung Pelita, Rezeki Gemulah Ibu Bantu Jana Pendapatan Sampingan

Usahawan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2021 4:00PM

Proses penyediaan kuih tepung pelita dilakukan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Walaupun menyedari kuih yang disediakan tidak dapat menandingi sentuhan air tangan arwah ibu, tiga beradik sepakat berkongsi keenakan juadah berkenaan, menggunakan resipi asli Allahyarhaman untuk dijual sepanjang bulan Ramadan.

Ternyata keputusan itu adalah langkah kanan kerana ia berhasil menjana rezeki lumayan sepanjang kehadiran bulan mulia itu.

Ridhuan Abu Samah, 33, berkata, walaupun kuih ini masih menerima permintaan pada hari biasa, jumlahnya itu masih tidak dapat menandingi permintaan diterima sepanjang Ramadan, hingga tempahan terpaksa dihadkan sekitar 5,000 biji sehari.

Menurut beliau, sikap ringan tulang adiknya, Nor Amira Abu Samah, 30 yang rajin membantu arwah ibu mereka satu masa dahulu berjaya membantu mereka menghasilkan pendapatan sampingan.

“Kami bertiga iaitu kakak, saya dan adik pada awalnya kira- kira 10 tahun dulu hanya mencuba nasib, dan tidak sangka kuih tepung pelita yang kami sediakan mendapat sambutan hangat serta menjadi pilihan ramai.

“Selain kami tiga beradik, turut membantu menyediakan kuih ini adalah isteri dan sepupu saya. Sudah pasti adik adalah orang yang bertanggungjawab dalam proses sukatan bahan seterusnya penyediaan adunan,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Pulau, Bukit Baru, di sini.

Ridhuan berkata, selain menggunakan resepi arwah ibu, mereka bertiga turut mengekalkan keaslian juadah pencuci mulut berkenaan, dengan menggunakan daun pandan sebagai bekasnya bagi memelihara ciri asal kuih tersebut.

Sebahagian kuih tepung pelita yang dimasukkan lapisan hijau.
Sebahagian kuih tepung pelita yang dimasukkan lapisan hijau.

Ujarnya, mungkin penggunaan daun pandan itu menjadi faktor kuih disediakan mereka itu menerima sambutan ramai kerana lazimnya penjual menggunakan daun pisang sebagai bekas, malah ada yang beralih kepada bekas plastik.

“Penggunaan daun pandan itu menambahkan lagi aroma kuih. Ketika adunan yang panas dituangkan ke dalam daun pandan, ia menghasilkan bau wangi dan segar, itu yang membuatkan peminat terpikat.

“Sebelum ini, kami pernah sediakan lebih 6, 000 sehari tetapi disebabkan bekalan daun pandan yang ada masanya sukar diperoleh, ia dihadkan kepada 5, 000 sehari,” katanya.

Tambahnya, kuih yang disediakan mereka itu akan diambil dan dijual oleh ahli keluarga lain termasuk isterinya di tiga bazar Ramadan iaitu di Paya Ikan, Kampung Musai serta Semabok.

Sementara itu, Nor Amira berkata, proses penyediaan kuih tepung pelita itu agak rumit, kerana perlu menghasilkan dua adunan hijau dan putih, selain memastikan kualiti serta rasa tidak terjejas.

“Seawal jam 8 pagi kami sudah mulakan proses penghasilan dengan menyediakan adunan bagi lapisan berwarna hijau iaitu lapisan bawah, sebelum diikuti lapisan putih yang menggunakan bahan seperti tepung, gula dan santan.

“Bagi memastikan rasa kuih yang dihasilkan tidak ‘lari’, setiap adunan perlu mengikut sukatan ditetapkan. Saya pun tidak sangka dapat mewarisi kebolehan membuat kuih ini daripada arwah emak,” katanya. - Getaran, 25 April 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 7 bulan yang lalu

Bina Iman Untuk Ramadan, Lupakan Sementara Bina Otot - Murad

2

Kisah Kita 7 bulan yang lalu

Sukar Diperoleh, Namun Suami Isteri Pastikan Bekalan Buah Kabung Tersedia Setiap Ramadan

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Hayati Semangat Ramadan, Santuni Golongan Kurang Bernasib Baik - PM

4

Semasa 8 bulan yang lalu

1 Ramadan Ditetap 12 Mac - Syed Danial

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia